Boat Noodle merupakan antara restoran Thailand yang terkenal di Malaysia. Memiliki beberapa buah cawangan di seluruh negara, ia menawarkan pelbagai hidangan Thai dengan harga yang berpatutan.
Antara tarikan restoran itu adalah aneka Thai Boat Noodle yang ada. Tak lebih dari RM3 semangkuk, orang ramai boleh menikmati 4 jenis mi yang menarik sambil melepak bersama kawan-kawan. Namun pastikan anda memilih dengan betul kerana jika tersalah dan tak kena dengan selera diri, jangan pula cepat menyalahkan restoran.
Terbaharu, seorang wanita (identiti dirahsiakan) telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan makanan yang telah dipesan di Boat Noodle.
Untuk menikmati makanan Thai, dia telah ke sana dan memesan aneka Thai Boat Noodle yang ada. Sejurus makanan dan minuman yang telah dipesan tiba, wanita itu berasa sangat teruja untuk mencubanya.
Namun melihat begitu banyak taugeh yang menghiasi makanannya, wanita itu terus hilang selera kerana tidak begitu menggemari sayuran tersebut. Tambahan pula, rasa Pathumthani begitu lain dari sebelum ini. Menurutnya, kuahnya tidak pekat dan sangat cair.
Merupakan penggemar Boat Noodle, wanita itu jelas kecewa dengan makanan yang telah dipesan.
Tapi di ruangan komen, orang ramai tampil dan menjelaskan bahawa hal itu kerana kesilapan wanita itu sendiri. Tidak menggemari taugeh, seharusnya dia tidak memesan Pathumthani dan Ayutthaya kerana ia mempunyai sayur itu.
Tambahan, seorang pekerja Boat Noodle, Crysanthemum menjelaskan bahawa dia sentiasa menjelaskan perbezaan hidangan yang ada supaya pelanggan tidak tersalah pesan.
Sebelum melakukan pesanan, pelanggan seharusnya meneliti dan bertanya pada pekerja terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan tersalah pesanan dan rasa kecewa. Sebab itulah kita perlu rajin menanya sebelum membuat andian sebegini.
Baca Juga: Pulau Pinang Hadapi Masalah Bekalan Air, Orang Ramai Mula Panik & Serbu Pasar Raya