Jenama Tupperware sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Terkenal dengan pelbagai bekas plastik yang menarik, ia menjadi idaman para wanita, terutamanya si isteri.
Oleh itu, bekas Tupperware yang ada di rumah amat disayangi dan hanya digunakan pada hari-hari yang tertentu. Jika rosak atau hilang, boleh mengamuk pemiliknya!
Demi mencari rezeki, syaddadboomkp telah membuat keputusan untuk membuka sebuah gerai di tepi jalan untuk menjual Nasi Lemak bersama aneka kuih-muih.
Usahanya turut disokong oleh isterinya yang tidak keberatan untuk membantu dan meminjamkannya beberapa bekas Tupperware yang ada untuk diletakkan kuih-muih.
Menghargai sokongan isterinya, lelaki itu gigih meniaga hingga jualannya laku keras. Hasil dari usaha dan doa, makin ramai pelanggan yang datang untuk membeli hingga ada yang sanggup memborong kuih-muihnya hingga habis.
Namun bila dilihat, bukan sahaja kuih-muih yang diborong tapi juga bekas Tupperware milik isterinya! Cemas dengan kejadian tersebut, lelaki itu panik bila cuba fikirkan alasan yang sesuai untuk diberikan pada isterinya.
@syaddadboomkp #nasilemakkukuspanasmakwankgpandan #since1972 #nasilemakfyp #nasilemakmakwankgpandan #nasilemak #nasilemakmakwan #nasilemakkukus #nasilemakturuntemurun #nasilemaknenek #nasilemakbedah #nasilemakpanas #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp
@syaddadboomkp #nasilemakkukuspanasmakwankgpandan #since1972 #nasilemakfyp #nasilemakmakwankgpandan #nasilemak #nasilemakmakwan #nasilemakkukus #nasilemakturuntemurun #nasilemaknenek #nasilemakbedah #nasilemakpanas #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Syaddad Boom KP – Nasi Lemak Mak Wan Kg Pandan
Meninjau di ruangan komen, seorang lelaki Syabilsenu55 menjelaskan bahawa pelanggan tersebut ingin menggunakan bekas Tupperware milik isteri lelaki itu untuk majlis potluck yang akan diadakan ketika musim gotong-royong.
Semasa meniaga, kita perlulah peka. Mulanya pelanggan nak borong kuih tapi terlepas pandang sekejap, terus diambil bekas Tupperware sekali, memang mengamuklah si isteri nanti. Nak buat macam mana, bekas Tupperwarekan sangat mahal dan berkualiti jadi tak hairan mengapa ia sangat disayangi si isteri.
Kredit: syaddadboomkp
Baca Juga: Penganjur Event Motor Lepas Tangan & Sanggup Tipu Peniaga Kecil, Ramai Luah Rasa Kecewa