Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» Pelanggan Mula Kurang Lepas Naikkan 50sen Untuk Setiap Menu, Peniaga Kecil Ini Luah Rasa Sedih

Pelanggan Mula Kurang Lepas Naikkan 50sen Untuk Setiap Menu, Peniaga Kecil Ini Luah Rasa Sedih

Kategori:
Pelanggan Mula Kurang

Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kenaikkan harga barangan dari masa ke semasa telah menrisaukan ramai, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Tambahan, golongan peniaga kecil turut terasa bebannya apabila tersempit dengan pelbagai faktor. Kerana tidak mahu kerugian dan memerlukan sedikit untung bagi merasai hasil jualan, ada yang terpaksa menaikkan harga jualan.

Namun bila berbuat begitu, tak sangka pula perniagaan juga akan terjejas.

Pelanggan Mula Kurang Lepas Naikkan 50sen Untuk Setiap Menu, Peniaga Kecil Ini Luah Rasa Sedih

Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang peniaga kecil, _abejoe212 yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisahnya.

Gara-gara ingin meneruskan perniagaan kecilnya dan meraih sedikit untung, dia yang menjual beberapa makanan Thai seperti kerabu maggi terpaksa menaikkan harga setiap menu yang ada. Pelanggan Mula Kurang

Tak terlalu tamak, dia memutuskan untuk menaikkan harga sebanyak 50sen sahaja untuk setiap menu yang ada di gerainya.

Walaupun begitu, dia menyedari bahawa pelanggan mula berkurangan selepas berbuat begitu. Sedih dengan sambutan yang tidak semeriah dahulu, dia menjelaskan bahawa dia memutuskan untuk menaikkan harga jualan selepas harga barangan mentah telah meningkat dalam 30 hingga 50 peratus. Pelanggan Mula Kurang

Tapi malangnya, pelanggan yang ada tidak memahami beban peniaga dan tidak memberi sokongan yang diperlukan.

@_abejoe

MAHAL KE SY NAIKKAN 50SEN SETIAP MENU.πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

♬ bunyi asal – AbeJoe212 – AbeJoe

@_abejoe212MAHAL KE SY NAIKKAN 50SEN SETIAP MENU.πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

♬ bunyi asal – AbeJoe212

Meninjau di ruangan komen, ramai yang hadir dan menyatakan pendapat mereka mengapa ramai yang tidak membeli pada waktu sekarang.

“Saya pun berniaga juga. Bukan pelanggan yang slow tapi kuasa beli yang berkurangan. Membeli atas keperluan sahaja.”, jelas seorang pengguna.

Kuasa pembeli semakin berkurangan menjadi sebab utama Pelanggan Mula Kurang Pelanggan Mula Kurang

Sememangnya kenaikkan harga barangan terkini memberi impak yang negatif pada semua. Semoga isu ini dapat cepat diselesaikan dan keadaan akan kembali stabil seperti dahulu.

Sabar dan terus tabah rakyat Malaysia!

Kredit: _abejoe212

Baca Juga: Balik Kampung Tak Bagitahu Mak, Wanita Ini Hanya Mampu Tadah Telinga Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

 

tags: | | |