Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pelanggan Order Nasi Goreng Kambing Spicy Tapi Lambat. Bila Tengok Di Kedai, Rupanya Ini Puncanya

Pelanggan Order Nasi Goreng Kambing Spicy Tapi Lambat. Bila Tengok Di Kedai, Rupanya Ini Puncanya

Kategori:
ORDER NASI GORENG KAMBING SPICY TAPI LAMBAT

Hidangan kambing ini ada yang suka, ada pula yang tidak. Oleh itu, tak semua restoran akan menyediakannya. Selain itu, penyediaannya mengambil sedikit waktu memandangkan daging kambing memiliki bau yang kurang sedap dan perlu dibersih dengan elok sebelum dimasak.

Namun masih ada restoran yang menyediakannya jadi ada segelintir pelanggan yang akan membelinya walaupun harganya agak mahal berbanding hidangan yang lain. Dengan harga yang mahal, tentunya mereka tidak suka menunggu dengan lama. Hal itu boleh membuatkan mereka berasa tidak berpuas hati.

Order Nasi Goreng Kambing Spicy Tapi Lambat, Rupanya Ini Puncanya..

Seorang rider Foodpanda baru sahaja terima pesanan dari seorang pelanggan telah memesan hidangan nasi goreng kambing spicy dari sebuah restoran dengan RM15.70. ORDER NASI GORENG KAMBING SPICY TAPI LAMBAT

Namun bila tiba ke restoran itu untuk mengambil pesanan tersebut, pihak peniaga belum lagi menyiapkannya dan memaksa rider itu tersebut menunggu sambil ia siap dimasak di dapur.

Bosan dan melihat keadaan, lelaki itu terserempak sesuatu yang berkeliaran di luar kedai itu. Dari jauh, kelibat seekor kambing sudah kelihatan. Menurutnya, mungkin ini menjadi punca mengapa nasi goreng yang dipesan lambat tiba. ORDER NASI GORENG KAMBING SPICY TAPI LAMBAT

Barangkali mahu menyediakan hidangan yang segar, tukang masak pun belum sempat menyembelih kambing yang ada memandangkan ia masih lagi berkeliaran di luar. Sudah tentu dia tercari-cari kambing tersebut. ORDER NASI GORENG KAMBING SPICY TAPI LAMBAT

Memandangkan kambing itu belum lagi disembelih dan dimasak, rider tersebut hanya berharap pelanggan itu sabar menanti pesanannya walaupun perlu lambat.

@kuyasyahiran Harap customernya sabar menanti ya 🤣🤣🤣🤣 #foodpanda #panda #tawau #nasipayaukambingspicy #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ Oh No – Kreepa

Mana-mana pelanggan akan berasa marah kalau hidangannya akan lambat. Si tukang masak pun satu, lain kali kena tangkap dahulu kambing itu terlebih dahulu. Tak ada lah pula perlu tercari-cari dan berbuat begitu pada saat-saat akhir. Harap si pelanggan sabar sahaja menantinya.

Kredit: TikTok kuyasyahiran

Baca Juga: “Tak Macam Saya..”, Walaupun Masih Kecil, Cara Adik Ini Layan Neneknya Buat Ramai Sebak

tags: | |