Jika dilihat sekarang, ramai di kalangan orang muda mula melangkah kaki dalam dunia perniagaan. Bermula secara kecil-kecilan, para peniaga perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Antara perkara yang boleh membuatkan seorang peniaga cepat putus semangat adalah kerenah pelanggan.
Seharusnya, orang ramai menyokong peniaga kecil supaya mereka dapat membina sebuah perniagaan yang maju dan dapat mengharumkan nama negara. Namun, ada sesetengah individu yang ingin mencari salah dalam semua perkara sehingga boleh menjejaskan perniagaan seseorang.
Di laman TikTok, seorang pengguna, rifqahalim, meluahkan rasa kecewa apabila harga mee kari yang dijual olehnya dipertikaikan oleh seorang pelanggan baru-baru ini.
Pelanggan itu tidak berpuas hati mengenai harga mee kari yang dijual olehnya dengan harga RM 8. Kecewa dengan sikap sesetengah pelanggan yang suka mencari salah peniaga tempatan, dia menjelaskan harga itu sangat berbaloi memandangkan saiz hidangan itu besar. Tambahan pula, ia juga mempunyai banyak bahan-bahan. Memang puas bila dimakan.
Jelasnya lagi, orang ramai tidak seharusnya cepat mempertikaikan harga yang dikenakan tanpa memahami sisi peniaga. Banyak kos yang perlu ditanggung. Bukan sahaja pada pakej tapi bahan-bahan dan upah pekerja juga perlu diambil kira.
Jika tidak berminat untuk membeli, jangan lah cepat mengecam. Mungkin harga RM 8 itu mahal bagi sesetengah orang lain, mungkin lain pula pada yang lain. Menurutnya, harga mee kari itu sangat berbaloi dengan kepuasan yang pelanggan akan dapat. Jangan meniaga asal boleh, dia turut mengajak peniaga lain untuk meniaga dengan bersungguh-sungguh.
@rifqahalim
@rifqahalimReply to @minogrock Jom support local ##fypシ ##fyp♬ original sound – Rifqa Halim
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tampil menyokong wanita itu. Harga yang dikenakan cukup berbaloi dan pelanggan seharusnya memahami sisi peniaga juga.
Seharusnya sebagai pelanggan, kita jangan lah cepat mempertikaikan peniaga jika tidak memahami situasi mereka. Banyak kos yang perlu ditanggung. Jika anda sanggup berbelanja berpuluhan ringgit untuk makanan segera dari luar negara, apa salahnya menyokong produk tempatan dengan harga dibawah sepuluh ringgit? Lagi jimat, kan?
Semoga perkara ini dapat mengubah persepsi kita pada peniaga tempatan dan menggesa orang ramai untuk menyokong perniagaan rakyat Malaysia.
Kredit: TikTok rifqahalim
Baca Juga: Tak Sangka Masih Ada Pelanggan Yang Pemurah, Peniaga Ini Berasa Terharu Dapat Bertemu Dengannya