Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Tak Bayar Lepas Makan Di Restoran, Akhirnya Pekerja Pula Kena Tanggung Akibat

Pelanggan Tak Bayar Lepas Makan Di Restoran, Akhirnya Pekerja Pula Kena Tanggung Akibat

Kategori:
pelanggan tak bayar

Untuk menyesuaikan diri pada norma baru selepas berlakunya penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, kerajaan telah meletakkan beberapa kelonggaran. Antaranya adalah memberi kebenaran pada para pelanggan untuk makan di restoran dengan mematuhi Safety Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

Oleh itu, orang ramai beria dan kembali memenuhi semua kedai makan yang ada. Bila terlalu ramai pelanggan, ia menjadi kerja para pekerja sedikit mencabar dan adakalanya mereka terlalu sibuk. Kerana itu, ada segelintir pelanggan yang akan mengambil kesempatan dengan perkara kesibukan itu dan menipu pekerja.

Pelanggan Tak Bayar Lepas Makan, Pekerja Ini Pula Kena Tanggung Akibat

Terbaharu, seorang pekerja di sebuah restoran telah memuat naik sebuah video dan berkongsi pengalaman yang mengharukan yang telah menimpa dirinya baru-baru ini. pelanggan tak bayar

Pada awalnya, restorannya beroperasi seperti biasa dan dia juga menjalankan tugasnya dengan mengambil pesanan dan menguruskan cashier. Tapi hari ini malang tidak berbau, dia telah ditipu oleh seorang pelanggan yang bertindak tidak bertanggungjawab dan terus meninggalkan restoran tanpa melakukan pembayaran di kaunter selepas menghabiskan makanannya.  pelanggan tak bayar

Hal itu tidak disedari oleh sesiapa dan bila memeriksa dalam sistem, pelanggan itu belum membayar jumlah makanannya yang telah mencecah RM83.25. Telah ditipu, akhirnya dia pula yang menjadi mangsa dan perlu menanggung akibatnya.

@farahnatasha43

Takkan la kita makan apa. Kita tak tau kan. Ini bukan kali pertama kedua ketiga keempat 😌

♬ suara asli – -14🥀

@farahnatasha43Takkan la kita makan apa. Kita tak tau kan. Ini bukan kali pertama kedua ketiga keempat 😌

♬ suara asli – FHM14

Menjengah di ruangan komen pula, segelintir warganet turut berkongsi pengalaman yang sama yang telah menimpa mereka. Seharusnya tidak berlaku tapi ada segelintir peniaga yang sangat tidak bertanggungjawab dan sanggup menganiaya para pekerja. Dah makan tapi tak nak bayar, ish!

Ramai Juga Dah Terkena pelanggan tak bayar

Malah ada juga berpendapat bahawa pihak atasan harus melakukan sesuatu bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku. Seharusnya sistem perlu diperketatkan agar mengelakkan penipuan sebegitu rupa.

Sistem Perlu Diubah pelanggan tak bayar

Tak sangka masih ada segelintir pelanggan yang bertindak tidak bertanggungjawab dan sanggup menipu semata-mata untuk makan secara percuma. Hal sebegini tidak seharusnya berlaku dan semoga pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kredit: farahnatasha43

Baca Juga: “Satu Family Kecewa..”, Bawa Balik Colek Ayam Mentah, Wanita Ini Terkedu Bila Ditipu Peniaga

tags: | | | |