Manusia datang dengan pelbagai ragam dan citarasa. Ada yang biasa-biasa sahaja, ada pula yang sebaliknya. Namun bagi mereka yang menceburkan diri dalam perniagaan makanan dan minuman, kerenah pelanggan perlu dihadapi demi memastikan perniagaan yang sedang diusahakan sentiasa berjalan dengan lancar.
Walaupun peniaga dah cuba sebaik mungkin untuk menyediakan hidangan yang enak, ada juga segelintir pelanggan yang lain citarasanya. Ada yang tak suka pedas, ada yang suka. Jadi walaupun hal itu membuat mana-mana peniaga pening kepala, ia perlu dihadapi. Namun jika pelanggan agak melampau, perkara itu boleh membuat peniaga dan si tukang masak berasa geram. Tapi demi memuaskan hati pelanggan, perlu juga dituruti.
Terbaru, seorang peniaga kedai makan kecil menerima seorang pelanggan yang sangat menggemari makanan pedas. Makan apa pun mesti kena pedas, kalau tak boleh terus hilang selera. Jadi bila ke kedainya, dia turut memesan nasi goreng dari menunya tapi mahukan yang sangat pedas.
Namun menurut peniaga itu, pelanggan itu tidak mahu membayar makanan yang dipesan olehnya jika nasi goreng tak pedas dan tak kena dengan selera. Berasa geram dengan kerenah pelanggan tersebut, peniaga itu terus ke dapur untuk menyediakan pesanannya.
Menyediakan cili padi yang banyak, peniaga itu terus memotongnya secara halus untuk diletakkan ke dalam nasi goreng pelanggan tersebut. Dengan kuantiti cili yang digunakan, memang tak dinafikan bahawa nasi pedas itu tentunya teramat pedas. Harap pelanggan itu suka la tapi janganlah pula sehingga sakit perut makan pedas-pedas seperti itu.
https://www.tiktok.com/@manaree90/video/7076814307874311451?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@manaree90♬ original sound – man haha
Walau bagaimanapun bila menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, segelintir orang ramai berasa tidak puas hati dengan tindakan peniaga itu yang memotong cili padi tersebut. Menurut mereka, seeloknya dikisar, cili padi yang banyak sebegitu boleh memutuskan selera pelanggan kerana terlampau pedas.
Memang ada beberapa orang yang suka makan pedas tapi kalau peniaga geram sekalipun, janganlah masak dengan cara sebegitu. Sebaiknya kisarkan cili dan jadikan sebagai rencah nasi goreng untuk pedaskan. Kalau pedas melampau sebegini, mana-mana orang tak boleh tahan.
Kredit: TikTok manaree90
Baca Juga: Tengok Rakaman CCTV, Individu Ini Terharu Bila Lihat Perbuatan Jiran Di Depan Rumahnya