Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Marah Aku Balik”, Pelanggan Tak Sangka Dapat Apam Polkadot Begini, Mengadu Dekat Peniaga Tapi..

“Dia Marah Aku Balik”, Pelanggan Tak Sangka Dapat Apam Polkadot Begini, Mengadu Dekat Peniaga Tapi..

Kategori:
apam polkadot

Sememangnya, akhir-akhir ini banyak aduan ni media sosial berkenaan kualiti makanan yang dibeli di kedai. Antaranya adalah karipap inti kosong, nasi goreng pattaya tiada rasa dan bermacam isu lain.

Pelanggan mengadu dan meluahkan rasa kesal kerana apa yang dibayar mereka tidak setanding dengan apa yang diperoleh. Bagi mereka, jika harga sesuatu makanan itu mahal tetapi mempunyai kualiti yang bagus, dia tidak kisah membayarnya.

“Dia Marah Aku Balik”, Pelanggan Tak Sangka Dapat Apam Polkadot Begini, Mengadu Dekat Peniaga Tapi..

apam polkadot

Seperti sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang pelanggan yang membeli apam polkadot dengan seorang peniaga, dia menceritakan bagaimana rasa kekecewaannya membeli apam tersebut.

Menurutnya, apam tersebut dicaj dengan harga mahal tetapi kualiti tidak setanding harga yang dibayar.

“Aku bukannya nak complain sangat bab-bab makan ni kan. Aku tak suka sebenarnya nak complain. Tapi, aku beli benda ni (apam polkadot), bagi anak-anak aku makan.

“Mahal. Tapi aku tak kisah pun. Cuma nampak wahhh ni dia tulis perisa nutella. Nampak lak coklat dekat tepi tu Nutella. Tak kisah harga mahal mungkin pakai nutella tu yang mahal.

“So, bila aku ingat macam karipap je yang berangin, sekali aku buka, tiada inti gais. Dia celet tepi tu je,” ceritanya dengan nada kesal dalam video pelanggan mengadu tentang apam polkadot inti kosong itu.

Tiada Inti, Nutella Calit Tepi Sahaja

apam polkadot

Tambahnya, apabila dia bertanyakan hal itu kepada peniaga, kekecewaanya makin berganda apabila dia dimarahi peniaga tersebut kerana mengadu tentang apam polkadot.

“Dan, aku beritahu lah, ‘kak, ini takda inti ke kak, kosong je, ada nutella tepi ni je kak, kosong, angin je ha’. Dia marah aku balik. Tak apa lah, telan je lah. Beli pun dah beli,” katanya lagi.

Dimarahi Peniaga Kerana Datang Mengadu

@aremenyb

bab makan nibaku tak suka nak komplain2 .. tapi aku just bagi tau je owner .. kene marah balik .. aku bagi tau je .. tu pun tanya jee … aku tak marah pun. . 😅😅😅 mmm tak apa la .. bnda pun dah beli .. kene scam ke tak ni ? ko nilai la sndiri .. #scam #food #makan #apam #angin #karipap ..

♬ original sound – Aremen Yb – Aremen Yb

@aremenyb bab makan nibaku tak suka nak komplain2 .. tapi aku just bagi tau je owner .. kene marah balik .. aku bagi tau je .. tu pun tanya jee … aku tak marah pun. . 😅😅😅 mmm tak apa la .. bnda pun dah beli .. kene scam ke tak ni ? ko nilai la sndiri .. #scam #food #makan #apam #angin #karipap ♬ original sound – Aremen Yb

Melihat ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing-masing. Bagi mereka, pelanggan yang menggunakan strategi celet inti tepi untuk nampakkan seolah-olah inti dalam banyak sememangnya tidak patut berniaga.

“Aduhai, celek tepi je. Pernah kena macam ni. Memang terus tak makan,” komen netizen bernama Ismie.

“Peniaga ni kalau ditegur naik hangin yang kita beli pakai duit tak berangin,” luah Lilyman tentang isu apam polkadot angin itu.

“Sama macam kes sandwich, Ada jugak yang letak inti dekat tepi bagi nampak padat,” tulis netizen.

Calit Tepi Ni Strategi Marketing Ke?

apam polkadot

Kesimpulannya, jika kita mahu berniaga, ikhlaslah dalam menjual. Apatah lagi ini adalah sumber rezeki kita. Jika kita menawarkan kualiti makanan yang hebat, pelanggan pun tak akan teragak untuk membayar lebih.

Sama-samalah bantu di antara satu sama lain ya. Semoga dipermudahkan untuk semua.

Sumber: Areman 

Baca juga: “Jangan Lupa Bersyukur..”, Wanita Ini Kongsi Kisah Jumpa Pakcik Mahu Makan KFC, Ramai Tak Sangka & Sebak

tags: | |