Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Marah Dia Kak..”- Pelayan Nervous, Hantar Minuman Kat Pelanggan Pun Sampai Menggigil

“Jangan Marah Dia Kak..”- Pelayan Nervous, Hantar Minuman Kat Pelanggan Pun Sampai Menggigil

Kategori:
pelayan nervous

Situasi dan pengalaman baharu atau mencemaskan akan membuat mana-mana individu berasa gementar. Setengah orang mahir menyembunyikan perasaan gemuruh mereka tapi ada juga yang tidak tahu. Justeru, sekali dilihat, riak wajah dan bahasa tubuh mereka menunjukkan bahawa mereka sedang nervous.

Setiap orang menunjukkan simptom gementar dengan lain cara. Ada yang berpeluh-peluh, bercakap terlalu laju dan ada juga yang tak mampu berdiri. Terbaharu, seorang wanita, trolley_dolley kongsi pengalaman bertemu dengan seorang pelayan yang kelihatan nervous bila berurusan dengannya.

“Jangan Marah Dia Kak..”- Pelayan Nervous, Hantar Minuman Kat Pelanggan Pun Sampai Menggigil

Mengunjungi sebuah kafe yang berhampiran, wanita itu ke sana untuk menikmati secawan latte art dengan suasana kedai itu. Setelah diambil pesanannya, wanita itu menanti minumannya dihidang.

Selang beberapa minit, seorang pelayan tampil untuk menghantarkan minumannya. Namun bila dilihat, wanita itu menyedari bahawa pelayan itu sedang menggigil ketika menghulurkan secawan latte itu. pelayan nervouspelayan nervous

Terhibur, wanita itu mula berpendapat bahawa mungkin dialah penyebab pelayan itu berasa sangat nervous sehingga menggigil. Mungkin dia terlalu cantik, sampai pekerja tersebut pun berasa seram sejuk untuk disapa dan berurusan. pelayan nervous

@trolley_dolleyCantik sgt ke I? 😆😆😆♬ original sound – La Luz

Di ruangan komen pula, segelintir orang ramai berpendapat bahawa reaksi pekerja itu adalah atas beberapa sebab. Menurut seorang pengguna, boyfm16, mungkin pekerja itu menggigil kerana belum makan lagi. Ini kerana bagi segelintir individu yang sedang lapar, perut yang kosong akan menyebabkan mereka begitu.

Manakala pengguna Ok berpendapat bahawa pekerja itu mungkin sedang menghadapi anxiety dan perkara itu akan membuat mereka menggigil. Pengguna myself pula berkata bahawa punca pelayan itu gementar sebegitu adalah kerana wanita itu tapi bukan kerana dia terlalu cantik tapi kerana wanita itu membuatnya memegang dulang terlalu lama gara-gara dirakam.

Mungkin Ini Sebab Sebenarnya Pelayan Itu Nervous Lain Macam pelayan nervous

Memang perkara yang biasa untuk berasa nervous ketika bekerja. Lebih-lebih lagi buat pekerja baharu jadi bila kita melihat hal sebegitu, janganlah memerli atau cepat memarahi, sebaliknya cuba memahami perkara yang sedang dihadapi oleh mereka.

Kredit: trolley_dolley

Baca Juga: Sarat Mengandung Tapi Tetap Gigih Kerja Di Starbucks, Ramai Yang Kagum Dengan Wanita Ini

tags: | | | |