Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Isteri Mula Berasa Pelik Melihat Gelagat Suami Di KFC, Rupa-Rupanya..

Isteri Mula Berasa Pelik Melihat Gelagat Suami Di KFC, Rupa-Rupanya..

Kategori:
GELAGAT SUAMI

Jika anda pernah berpeluang untuk mengunjungi ibu kota, pasti anda akan bertemu dengan beberapa golongan gelandangan yang terpaksa tidur dan makan dalam keadaan yang tidak selesa. Ada yang berasa kesian, namun ramai di antara kita memandang negatif pada mereka.

Namun, dalam kehidupan ini, setiap manusia sedang menempuh cabaran masing-masing. Ada yang gagah menghadapinya, ada yang sebaliknya. Jadi, sebagai seorang manusia yang berhati perut, jangan lah kita cepat menghukum seseorang itu dan layanlah mereka dengan penuh kebaikan kerana kita tidak tahu apa sedang dialaminya.

Gelagat Suami Buat Isteri Berasa Pelik

Di laman TikTok, seorang pengguna, dalianatasya97, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat suami di salah sebuah cawangan restoran makanan segera, KFC.

Mengunjungi restoran itu untuk menikmati sarapan bersama, wanita itu bagaimanapun mula berasa pelik bila melihat gelagat suaminya yang sekali lagi pergi ke kaunter untuk memesan makanan meskipun hal itu sudah pun dilakukan.

Memerhatikan dari jauh, rupanya makanan yang dipesan itu adalah untuk seorang gelandangan yang sedang memerhatikan mereka makan dari luar sambil hanya mampu menikmati segulung roti. Kesian, suaminya menghulurkan hidangan KFC itu pada lelaki itu. Jelas dia berasa segan untuk menerimanya namun suaminya tetap memberi.

Terharu dengan tindakan suaminya, wanita itu berasakan tindakan suaminya adalah amat mulia.

@leeyasya97

Haritu pergi breakfast kat KFC. Tengah2 makan, husband bangun pergi order lagi pelik jugak nape dia order lagi. Rupanya utk homeless kat luar tu. dia tengok je kami makan KFC sambil dia mkn roti 90 sen🥺 My husband did the right action🥺💖 His act was so priceless💖✨

♬ –

@dalianatasya97Haritu pergi breakfast kat KFC. Tengah2 makan, husband bangun pergi order lagi pelik jugak nape dia order lagi. Rupanya utk homeless kat luar tu. dia tengok je kami makan KFC sambil dia mkn roti 90 sen🥺 My husband did the right action🥺💖 His act was so priceless💖✨♬ original sound – N’mira Natasha

Warganet Berasa Terharu Dengan Kebaikan Itu

Menjengah di ruangan komen, tindakan suaminya berjaya menyentuh hati para warganet. Terharu, mereka berterima kasih pada pasangan itu dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk semua pihak. GELAGAT SUAMI

Sikap suami wanita itu seharusnya dipuji. Tanpa mencemuh dan memandang hina pada gelandangan tersebut, dia terus sahaja memberi sumbangan pada lelaki itu. Mungkin kerana bersimpati dengan keadaan lelaki itu yang tidak dapat menikmati makanan mewah seperti KFC, dia memilih berbuat sebegitu.

Semoga kita semua dapat mencontohi sikapnya. Bagi para isteri, bila nampak gelagat suami itu sudah lain macam, jangan cepat risau, kemungkinan dalam hatinya dia berniat untuk melakukan kebaikan. Untungnya sesiapa yang bernikah dengan seorang lelaki yang pemurah dan baik hati.

Kredit: TikTok dalianatasya97

Baca Juga: Tak Sangka Masih Ada Pelanggan Yang Pemurah, Peniaga Ini Berasa Terharu Dapat Bertemu Dengannya

tags: |