Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terpaksa Jual Char Kuey Teow RM5 Sahaja, Pemilik Restoran Konsep Klasik Kecewa Tiada Pelanggan

Terpaksa Jual Char Kuey Teow RM5 Sahaja, Pemilik Restoran Konsep Klasik Kecewa Tiada Pelanggan

Kategori:
Pemilik Restoran Konsep Klasik

Mengusahakan sebuah restoran tidak lah semudah seperti yang disangka. Ramai yang hanya melihat untung dan tidak tahu disebalik itu ada juga yang bergelut demi memajukan perniagaan mereka.

Hakikatnya, tak semua pengusaha akan berjaya secara serta merta. Tentunya disebalik sebuah perniagaan, ada kisah dukanya.

Terpaksa Jual Char Kuey Teow RM5 Sahaja, Pemilik Restoran Konsep Klasik Kecewa Tiada Pelanggan

Terbaharu, seorang pemilik restoran di Kota Bharu, Kelantan telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi perasaan kecewa.

Sedang mengusahakan sebuah restoran dengan konsep seakan sebuah kopitiam klasik, pediferdi merakam video untuk berkongsi suasana sepi restoran yang dimilikinya. Pemilik Restoran Konsep Klasik

Walaupun sudah beroperasi selama satu tahun tapi ia tidak menerima sambutan yang meriah dari pelanggan. Tambahan pula, suasana sepi ini sudah menjadi satu kebiasaan dan mungkin kerana ingin menarik pelanggan, dia juga terpaksa menjual hidangan char kuey teow pada harga RM5 sahaja. Jika di restoran lain, harga hidangan itu sudah mencecah RM8 untuk satu pinggan. Pemilik Restoran Konsep Klasik Pemilik Restoran Konsep Klasik

Pilu dengan perkara tersebut, dia turut mengajak orang ramai untuk ke restorannya untuk memberikan sedikit sokongan dan membantunya meneruskan perniagaannya.

Bagi anda yang berada di Kota Bharu, Kelantan, restoran ini terletak di hadapan pasaraya KB Mall, bersebelahan Bata, di Tingkat 1 dari restoran Kaitai.

@pediferdi

kedai depan kbmall bersebelahan bata. tingkat 1 kaitai. char keow teow baling. bukak jam 5ptg-12malam. mai la support. #charkeowteow #cafekotabharu #cktmexico

♬ Beginilah Nasib – Tan Sri P. Ramlee

@pediferdi kedai depan kbmall bersebelahan bata. tingkat 1 kaitai. char keow teow baling. bukak jam 5ptg-12malam. mai la support. #charkeowteow #cafekotabharu #cktmexico ♬ Beginilah Nasib – Tan Sri P. Ramlee

Meninjau di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa kurang marketing dan perkongsian mengenai restoran tersebut menjadi faktor mengapa ia tidak dikunjungi pelanggan.

“Kami tak tau kewujudan kedai ni bang. Nanti kami pergi ya bang!”, pujuk seorang pengguna.

Lokasi Kedai Menjadi Faktor Utama Mengapa Tiada Pelanggan Pemilik Restoran Konsep Klasik

Sebagai pemilik, tentu kita akan berasa sedih apabila perniagaan yang diusahakan tidak mendatangkan hasil dan tiada sambutan. Tapi di zaman moden sekarang, marketing memainkan peranan yang penting jadi ambil kesempatan pada semua laman media sosial yang ada untuk menarik pelanggan.

Kredit: pediferdi

Baca Juga: “Asal Boleh Saja..” – Pekerja Penat Hingga Tertidur Atas Lantai, Siap Buat Cawan Minuman Bantal Peluk

 

tags: | | | |