Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Selalunya Kami Tidak Jual Ikan Ni..”, Isu Ikan Siakap Berharga RM1196.80, Pemilik Restoran Tampil Menjelaskan

“Selalunya Kami Tidak Jual Ikan Ni..”, Isu Ikan Siakap Berharga RM1196.80, Pemilik Restoran Tampil Menjelaskan

Kategori:
isu ikan siakap mahal

Sejak beberapa hari yang lepas heboh berkenaan dengan ikan siakap berharga kayangan di sebuah restoran di Langkawi, Kedah. Hal tersebut berlaku kepada Mohd Faris dan beberapa orang rakannya yang lain.

Jumlah keseluruhan termasuk minuman serta makanan lain adalah sebanyak RM1759.50 untuk 7 orang makan. Menurut Mohd Faris, pada mulanya dia menempah dua ekor ikan siakap bersama menu-menu lain. Namun apabila pelayan datang dan mengesahkan saiz ikan mereka membuat keputusan mengubahnya kepada seekor sahaja.

Apa yang membuatkan mereka terkejut dan secara langsung telah membuatkan warganet terkedu apabila harganya yang terlalu mahal itu. Korang boleh ikuti sendiri perkongsiannya di bawah ini.

Saya sudah menjangkakan harga mungkin mahal

Terkejut saya melihat bill yang tertera

Nyatanya kejadian tersebut telah memberi impak yang besar kepada semua pihak. Malah warganet juga ratanya meninggalkan komen yang kurang baik.

Ekoran itu, pihak restoran telah tampil menjelaskan isu berkenaan. Menurut pemilik restoran, dia sudah mencadangkan kepada pelanggan tersebut agar mengambil ikan lain. Kerana ikan yang dimahukan olehnya itu adalah ikan show di sangkar ikan. Mereka selalunya tidak jual ikan berkenaan.

Walaupun juga sudah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega dan meminta melihat ikan berkenaan namun pelanggan tersebut menolak. Mereka meminta untuk teruskan sahaja pesanan berkenaan.

Dalam pada itu, pihak restoran juga turut menerangkan tentang isu telur dadar, kad kredit serta berkenaan dengan orang belakang. Turut menjelaskan juga berkenaan dengan harga ikan tidak munasabah adalah disebabkan oleh mereka menjual ikan hidup.

Panggil beliau supaya melihat saiz ikan namun beliau menolak

Apa pendapat korang berkenaan dengan kejadian ini. Jangan lupa untuk tinggalkan pendapat anda diruangan komen ya. Nasihat untuk anda semua yang sedang bercuti atau pun bakal bercuti, seeloknya rancang dan fikir dahulu mengenai sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Tidak kira lah dari segi apa sekalipun.

Kredit: Mohd Faris & Syikin Musa

Baca juga: “Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

tags: |