Langkau ke kandungan

“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

Siakap 3 Rasa

Masih tercari-cari menu untuk makan tengahari sebab dah tahu nak masak apa? Haa, resepi ini khas untuk anda! Jom cuba masak Siakap 3 Rasa Aurora perkongsian oleh cikgu Afy AL Habibi. Menurut beliau buat sendiri lagi jimat. Beli ikan siakap sendiri baru RM8.90 seekor, kalau kat kedai boleh tahan mahal juga.

Bila masak sendiri, boleh hias cantik-cantik macam menu masakan di kedai. Kalau buat ni, confirm semua orang makan sampai tak tinggal pun kepala ikan! Jom cuba.

“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

1. Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk:
– hiris halia
– 3 ulas bawang putih
– 1/2 sudu kecil garam

* saya suka belah ikan ala ‘fillet’ macam kat bawah ye.
* Isi ikan akan lebih rangup dan sedap.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan.

*untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

4. Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian. Terus letak atas daun salad yang telah dihias.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

5. Sementara itu, sediakan bahan yang perlu dipotong:
– 1/2 biji bawang merah- dadu
– 1/2 biji bawang Holland- dadu
– 2 ulas bawang putih – dadu
– 2 helai daun limau purut
– 2 hiris halia- hiris memanjang
– 3 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili besar hijau
– 1 batang serai- hiris serong
– 1 hiris nanas- hiris dadu“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

6. Gunakan minyak gorengan ikan siakap tadi sedikit. Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

7. Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar;
– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 sudu kecil ketumbar& jintan putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

8. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

9. Tambahkan 1 senduk cili sos Life.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

10. Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

11. Masukkan 3/4 gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air). Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

12. Perasakan dengan :
– 1 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar perencah Hilal

Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

13. Akhirnya masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

14. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini atas badan ikan.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

15. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis. Selamat mencuba.“Makan Sampai Tak Tinggal Pun Kepala Ikan!” Sedap Sangat Siakap 3 Rasa Ni, Ini Resepinya

Kredit: Afy AL Habibi

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga