Nak mencari rezeki sangatlah mencabar ketika ini. Demi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai beralih untuk menjual makanan dan minuman secara kecil-kecilan.
Tapi tak semuanya indah. Setiap peniaga akan diduga dengan pelbagai cabaran. Ada kalanya mereka akan mengalami sedikit kerugian. Kadang-kadang perkara begitu boleh membuat sesiapa mudah putus semangat.
Demi mencari pendapatan, seorang peniaga telah membuka sebuah gerai kecil berdekatan dengan sebuah kawasan perumahan. Menjual cucur, setiap hari dia akan ke sana untuk menjual. Hal itu sudah menjadi rutin harian buatnya.
Namun setelah menyiapkan adunan cucur dan bersiap sedia untuk memanaskan minyak masak di dalam kuali, lelaki itu dikejutkan dengan hujan lebat yang turun tanpa henti.
Perkara itu juga menyebabkan dapur gas yang digunakan tidak dapat berfungsi dengan baik. Selain angin yang kencang asyik memadamkan api, hujan yang lebat juga menyebabkan air bertakung di sekitar gerainya.
Tidak dapat meniaga buat hari tersebut, peniaga itu jelas kecewa tapi cuba redha dengan kejadian tersebut. Mungkin rezeki bukan miliknya pada hari itu dan pelanggan juga tidak dapat menikmati cucur yang dijualnya.
https://www.tiktok.com/@cupiii_29/video/7089344501575175451?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@cupiii_29 takde rezeki orang nak merasa cucur petang jumaat ni #fyp ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman media sosial itu, orang ramai jelas bersimpati dengan perkara yang telah menimpa peniaga tersebut. Ramai yang mendoakan supaya dia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.
Tambahan, pengguna, icelysandakan menasihatkannya untuk tidak terlalu bersedih. Ini kerana hujan yang turun merupakan satu rahmat dari Tuhan dan teruskan bersabar sambil bersangka baik pada Pencipta ketika sedang mengusahakan rezeki yang halal.
Setiap peniaga akan menghadapi cabaran. Nak berjaya dan memperolehi rezeki bukanlah sesuatu yang mudah tapi janganlah cepat putus semangat dan mengaku kalah. Mungkin hari ini kita akan kerugian tapi mungkin akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik pada hari yang akan datang.
Kredit: cupiii_29
Baca Juga: Beli Nasi Kukus Dapat Percuma Rokok LD, ‘Strategi’ Peniaga Ini Tarik Perhatian Orang Ramai