Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dicampur Dengan Arak Dan Pelbagai..”, Pendedahan Sebenar Mengenai Madu Yang Dijual Di Pasaran. Sungguh Mengejutkan!

“Dicampur Dengan Arak Dan Pelbagai..”, Pendedahan Sebenar Mengenai Madu Yang Dijual Di Pasaran. Sungguh Mengejutkan!

Kategori: ,
Pendedahan Sebenar Mengenai Madu

Madu merupakan pemanis semulajadi yang sering digunakan oleh orang zaman dahulu hinggalah sekarang. Seperti yang kita ketahui dan dengari, madu ini terdapat pelbagai jenis. Antaranya adalah tualang, kelulut, manuka, propolis, semanggi. ratu lebah dan juga akasia.

Memandangkan madu ini telah dinyatakan dalam Al-Quran sebagai penawar yang menyembuhkan segala penyakit, ramai dalam kalangan kita yang mengamalkannya. Malah ianya juga sering digunakan dalam masakan. Namun bukan semua dalam kalangan kita menggunakan madu yang betul-betul asli.

Begitu juga dengan kedai-kedai atau madu yang dijual di pasaraya. Tidak semua yang dijual adalah asli. Seperti mana yang dikongsikan oleh MyMedia berkenaan dengan pendedahan sebenar yang berkaitan dengan madu ini sungguh mengejutkan.

Menurut perkongsian tersebut, Malaysia iaitu negara kita ini merupakan salah satu negara pengeksport madu terbesar. Namun Malaysia ini tidaklah mempunyai banyak madu. Malah yang lebih teruk lagi adalah ada madu yang dijual di pasaran itu dicampur dengan arak. Untuk lebih lanjut mengenai hal tersebut mungkin anda boleh baca perkongsian tersebut di bawah ini.

Pendedahan sebenar mengenai madu yang mengejutkan

Harap pembaca dapat baca dengan hati terbuka. Maaf jika ada yang tersinggung.Kami bercakap atas kebenaran demi kebaikan pengguna.

“Buat pengetahuan anda, Malaysia sekarang salah satu negara pengeksport madu terbesar. Pada hal Malaysia mana ada madu sangat. Tapi madu madu dari Cina mengunakan Malaysia sebagai pusat hub  transit madu madu mereka ke eropah, USA dan lain lain. Selain Malaysia mereka juga gunakan Indonesia dan Vietnam”

Sebenarnya bukan hanya madu Yaman, malah madu seluruh dunia. China telah menguasai hampir lebih 70 pasaran madu dunia. Kononnya madu dari hutan arizona, Turkistan, Pakistan dll, semua itu bohong, semua itu madu dari China.”

Madu-madu palsu dari China..

“Madu madu palsu dari China ini dibuat oleh pakar kimia, pakar permakanan, sehingga ingrediennya (kandungan ramuannya) menyerupai madu asli bahkan khasiatnya pun menyerupai madu asli, padahal semua bahan kita dan bahan bahan haram.

Jadi madu yg kononnya dari hutan Arizona, Karzahkstan, dll semua itu hanya tipu muslihat.”

“Sebenarnya lebih 90% madu yaman adalah madu palsu dan madu ternak yg di import dari China. Yaman adalah pengimport terbesar madu madu dari China. Yg betul betul madu Yaman hanya dlm 10 % saja. Itupun madu ternak yg diberi makanan buatan, bukan makan dari nektar bunga (madu jenis ini tak ada kualiti, juga tak mampu menjadi ubat, utk suplimen bolehlah).

Madu sidir yg sebenar hampir tak ada. Kalau ada sikit sangat, tu yg dibuat video, dibuat kajian. Hasil kajian itulah yg dimanipulasi oleh kedai kedai madu di Yaman kononnya madu mereka bagus, juga muat naik di di youtube kononnya semua madu Yaman adalah asli, macam dalam youtube itu. Kasihan sungguh nasib umat Islam.”

Madu dari China dicampur dengan arak..

“Tahukah tuan tuan, madu madu dari China ini.

dicampur dengan arak dan pelbagai bahan kimia supaya dapat kesan macam madu asli. Inilah yg dijual oleh ustaz ustaz kita di mesjid, di surau surau, madrasah. Kasihan… jadinya ustz kita, hafiz hafiz kita, pelajar madrasah kita, orang orang alim kita, karkun karkun kita, habis semua minum arak. Kedai kedai di markas Sri Petaling hampir semua jual madu campur arak.

Mungkin yg minum tak berdosa, sebab mereka tak tahu. Tapi mereka ( ust, hafiz dan org orang alim dll) kita sudah tak lagi makbul, sebab mereka makan makanan haram (ingat kisah Hajaz bin Yusuf). Pada hal kita dan seluruh umat ini sangat berharap pada doa orang orang alim, hafiz, ulama dan orang orang soleh.”

“Saya rasa nak menangis tengok hal ini. Itu yg menyebabkan saya kuatkan juga hati menjelaskan hal ini, walaupun saya akan dihujat, dimarah dll.”

Saya hanya beritahu keadaan sebenar..

“Saya hanya beritahu keadaan sebenar, sekurang kurangnya saya lepas dari tanggungjawab di akhirat. Itu saja. Kalau tuan tak percaya dgn apa yg saya katakan tak masalah, tapi diakhirat saya dah lepas tangan sebab saya dah sampaikan. Saya juga benarkan tuan membuat dakwaan bahawa saya merosakan perniagaan tuan.”

“Kita bukan kondem perniagaan orang, kita kondem madu palsu yang bercampur pelbagai bahan haram dan bahan kimia. Pengeluar madu palsu dan madu dari Cina ini skrg sedang menipu umat Islam, mempergunakan ust ust dan org orang ali. sebagai pengedar. Menyelamatkan jutaan umat Islam daripda kena kena tipu dan minum madu bercampur arak dll, lebih penting dari menyelamatkan perniagaan beberapa orang.”

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata kita semua. Mohon berhati-hati dalam setiap pembelian madu nanti. Walaupun hanya sekadar untuk dimasukkan dalam masakan. Kalau boleh dapatkan madu ini dari sumber yang betul-betul dipercayai misalnya dari pengedar sah madu kampung.

Kredit: Dr Bazrul, Haji Arba’ei Othman & MyMedia

Baca juga: Ini Resepi Peraman Madu Lemon, Sesuai Untuk Diamalkan Untuk Melegakan Selsema & Sakit Tekak

tags: |