Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Restoran Dah Hampir Siap, Pengurus Froogurtz Sedih Tiada Yang Mohon Untuk Bekerja

Restoran Dah Hampir Siap, Pengurus Froogurtz Sedih Tiada Yang Mohon Untuk Bekerja

Kategori:
Pengurus Froogurtz Sedih

Aiskrim yogurt sudah menjadi kegilaan ramai. Mula dipopularkan oleh jenama Llao Llao, kini terdapat beberapa syarikat tempatan yang menurut langkah dan menjual pencuci mulut tersebut.

Antara jenama tempatan yang terkenal adalah Froogurtz yang mula beroperasi di Kelantan. Menerima sambutan yang hebat, kini ia mampu membuka beberapa cawangan di negeri lain.

Namun begitu, pembukaan tersebut tidak semestinya berjalan dengan lancar. Selain kos operasi, pihak pengurusan juga perlu mengambil kira bilangan calon-calon pekerja yang akan diambil. Tapi jika tiada yang memohon, apa solusinya?

Restoran Dah Hampir Siap, Pengurus Froogurtz Sedih Tiada Yang Mohon Untuk Bekerja

Mahu menaikkan jenama Froogurtz sehingga dikenali, syarikat tempatan itu telah merancang untuk membuka beberapa cawangan di luar Kelantan. Ia mula fokuskan di kota, membuka sebuah cawangan di Klang, Selangor.

Bagaimanapun, perkara itu tidak semudah seperti yang diharapkan. Ketika restoran itu hampir siap, pengurusnya di sana; nurulmaksom meluahkan rasa sedih bercampur risau kerana tiada pekerja. pengurus froogurtz sedih pengurus froogurtz sedih

Dengan hari pembukaan semakin hampir, masalah tersebut membuatnya berasa gementar. Jelasnya sebelum ini, pihak pengurusan telah menerima calon-calon yang sesuai yang pernah memohon di sana tapi pada saat terakhir, individu-individu tersebut menolak tawaran pekerjaan atas beberapa alasan.  Pengurus Froogurtz Sedih

Hal itu membuat pihak pengurusan buntu, terpaksa mencari pekerja lain dalam masa yang singkat.

Dia juga memohon bantuan dari orang ramai untuk menghebohkan kekosongan jawatan di Froogurtz Klang supaya dapat mengisi kekosong tersebut. Jadi bagi mereka yang tinggal di Klang dan berminat, boleh lah mohon sekarang.

@nurulmaksom

Sedih.. kedai semua dah settle.. tapi outlet crew tak ada lagi.. mcm mn nak open kedai 😔😔 #fyp #fypシ #foryoupage

♬ suara asli – semangat yuk

@nurulmaksom Sedih.. kedai semua dah settle.. tapi outlet crew tak ada lagi.. mcm mn nak open kedai 😔😔 #fyp #fypシ #foryoupage ♬ suara asli – semangat yuk

Setelah disusuli, sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Froogurtz berjaya menemui beberapa orang pekerja untuk bantu menguruskan cawangan di Klang.

Malah pada 13 Ogos yang lalu, ia telah dibuka dan beroperasi. Walaupun diduga dengan pelbagai cabaran, nampaknya usaha dan kesabaran pihak Froogurtz mendatangkan hasil.

Kini Berjaya Temui Pekerja  Pengurus Froogurtz SedihPengurus Froogurtz Sedih Pengurus Froogurtz Sedih

Tahniah Froogurtz atas pembukaan tersebut. Bagi penggemar aiskrim Yogurt, anda wajib mencuba aiskrim mereka. Mereka mempunyai macam-macam pilihan topping dan sos pada harga yang berpatutan, sangat merugikan kalau tak cuba.

Beroperasi setiap hari, kunjungi cawangan Froogurtz yang terdekat sekarang!

Kredit: nurulmaksom, Froogurtz

Baca Juga: “Barista Sini Memang Baik & Friendly..” – Pekerja Starbuck Bantu Ibu Bancuhkan Susu Anak, Ramai Puji

 

tags: | | | |