Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Pengusaha Bawang Goreng Kongsikan Cara Untuk Masukkan Produk Sendiri Di Stesen Minyak Petronas

Si Bunga by Si Bunga
Julai 25, 2022
in Info, Tips
2 min read
0 0
0
Pengusaha Bawang Goreng Kongsikan Cara Untuk Masukkan Produk Sendiri Di Stesen Minyak Petronas
0
SHARES
321
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah terfikir tak macam mana produk tempatan boleh dijual dekat stesen minyak Petronas? Kalau anda seorang peniaga, mesti anda pun teringin nak lihat produk sendiri terjual di Petronas terdekat.

Lagipun, pasaran di Petronas pasti rancak dengan kedatangan pelanggan tak kira siang atau malam.

Dikenali sebagai CEO of Bawang Goreng, Mira Lee sangat bersyukur produknya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan pam minyak Petronas.

Disebabkan ramai yang bertanya bagaimana peniaga nak meletakkan barang di kedai serbaneka Petronas, @miraaa.lee pun terpanggil untuk tunjukkan serba sedikit caranya kepada warganet.

Kalau anda nak tahu macam mana caranya, jom kita baca perkongsian daripada Mira Lee yang berpengalaman menjual produk bawang goreng di 3 stesen Petronas sekitar Melaka!

Stesen Minyak Petronas

Pengusaha Bawang Goreng Kongsikan Cara Untuk Masukkan Produk Sendiri Di Stesen Minyak Petronas

Kena Approach Stesen Minyak

Dalam sesetengah kes, ada pemilik kedai yang akan approach peniaga. Namun, biasanya peniaga yang perlu usaha sendiri untuk approach kedai Petronas.

Peniaga juga perlu faham yang tak semua kedai akan terima produk kita. Kalau ada yang tak terima, jangan cepat putus asa! Teruskan cari kedai lain.

Jumpa Dengan Owner Kedai

Untuk mula menjual, anda perlulah berjumpa dengan pemilik stesen minyak. Terus saja ke kaunter dan tanya dengan siapa kita boleh berurusan kalau nak letak produk.

Kalau owner tak ada, kita akan diberikan nombor telefon supaya mudah kita hubungi.

@miraaa.lee

Reply to @zuraini_05 Selamat mencuba! 😄 #bawanggoreng #homemade

♬ original sound – Raf Yaakob – Raf Yaakob

Pembayaran & Komisyen

Bagi bab pembayaran dan komisyen pula, ia bergantung kepada owner kedai.

Ada pemilik kedai yang memilih untuk bayar produk kita secara cash (kedai beli dan terus bayar), ada pula yang memilih untuk membayar dalam bentuk consignment.

Consigment tu maksudnya kita letak barang dulu di kedai, kemudian kedai akan jual dulu. Bila dah jual, barulah mereka bayar pada kita.

@miraaa.lee

Reply to @vanilladaisyyy_ Harap saya menjawab soalan kalini 🥰… #bawanggoreng #homemade

♬ original sound – ragazzimbarep – ragazzimbarep

BacaJuga

Tips Untuk Dapat Perhatian Suami, Mudah Sahaja! Hanya Ikut Sahaja Hobi Suami & Suap Makan Hingga Kenyang

Tips Untuk Dapat Perhatian Suami, Mudah Sahaja! Hanya Ikut Sahaja Hobi Suami & Suap Makan Hingga Kenyang

Jun 7, 2023
56
Wanita Ini Kongsi Tips Potong Kuku ‘Majikan’ Yang Ganas, Terus Dapat Jalankan Tugas Bibik Dengan Mudah Seumur Hidup!

Wanita Ini Kongsi Tips Potong Kuku ‘Majikan’ Yang Ganas, Terus Dapat Jalankan Tugas Bibik Dengan Mudah Seumur Hidup!

Mac 15, 2023
2

Sediakan Dokumen Yang Diperlukan

Menurut si pemilik video, permintaan dokumen juga bergantung kepada pemilik stesen minyak. Ada yang minta salinan sijil SSM dan salinan kad pengenalan. Ada juga yang tak minta sebarang dokumen.

Akhir sekali, peniaga bolehlah singgah ke stesen minyak Petronas selepas beberapa minggu untuk semak dan tambahkan stok jika perlu.

Stesen Minyak Petronas

Petronas Galakkan Jualan Produk Tempatan

Salah seorang netizen yang bekerja di stesen minyak Petronas juga turut berkongsi yang Petronas seluruh Malaysia menggalakkan pemilik kedai untuk ambil produk tempatan bagi membantu perniagaan orang kita. Bagusnya!

Menurut Mira Lee, sebenarnya peniaga juga boleh gunakan cara yang dikongsikan ini untuk cuba letakkan produk di kedai lain, bukan setakat stesen minyak Petronas sahaja!

Jadi, buat peniaga yang berminat untuk letakkan produk di stesen minyak Petronas terdekat, bolehlah praktikkan cara yang telah dikongsikan. Yang penting, jangan cepat putus asa dan banyakkan usaha. Selamat mencuba!

Sumber : @miraaa.lee

Download WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
online free course
download redmi firmware
Tags: PetronasTips
ShareTweetSend

Related Posts

Amalkan Diet GM Sampai Turun 6KG, Wanita Ini Kongsi Tips Diet Yang Menjadi Dalam Masa 7 Hari Sahaja!
diet

Amalkan Diet GM Sampai Turun 6KG, Wanita Ini Kongsi Tips Diet Yang Menjadi Dalam Masa 7 Hari Sahaja!

Jun 8, 2023
433
Tips Untuk Dapat Perhatian Suami, Mudah Sahaja! Hanya Ikut Sahaja Hobi Suami & Suap Makan Hingga Kenyang
Berita

Tips Untuk Dapat Perhatian Suami, Mudah Sahaja! Hanya Ikut Sahaja Hobi Suami & Suap Makan Hingga Kenyang

Jun 7, 2023
56
Ilmu Pengasih Tanak Nasi, Selama 25 Tahun Guna Cara Ini! Siapa Sangka, Buat Orang Lagi Tergila Nak Tambah Nasi
Berita

Ilmu Pengasih Tanak Nasi, Selama 25 Tahun Guna Cara Ini! Siapa Sangka, Buat Orang Lagi Tergila Nak Tambah Nasi

Jun 7, 2023
213
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist