Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pengusaha Restoran Dan Cafe Masih Lagi Risau, Tidak Benarkan Pelanggan Dine In Lagi Bagi Mengelakkan Penularan Wabak Covid-19!

Pengusaha Restoran Dan Cafe Masih Lagi Risau, Tidak Benarkan Pelanggan Dine In Lagi Bagi Mengelakkan Penularan Wabak Covid-19!

Kategori:
dine in

Di Kota Bharu, masih ramai pengusaha restoran dan cafe tidak membenarkan pelanggan untuk dine in di premis mereka. Ini kerana kes Covid-19 yang masih lagi berleluasa dan tidak menunjukkan penurunan sejak akhir-akhir ini.

Meskipun kerajaan sudah memberi pelonggaran untuk rakyat yang telah menerima vaksin sepenuhnya, masih ramai pengusaha restoran dan cafe di Kota Bharu tidak ingin mengambil risiko bagi mengelakkan wabak Covid-19 dari terus merebak.

Pengusaha Restoran Nak Mengelakkan Penularan Wabak Covid-19 Dari Terus Merebak

Kerana kes Covid-19 yang masih merisaukan, pemilik Lieniey Nasi Kerabu, Zaini Ahmad, berkata dia masih tidak lagi membenarkan pelanggan untuk dine in ke premisnya.

Turut ditambah, pekerjanya juga masih lagi belum menerima suntikan vaksin. Oleh itu, dia tidak ingin mengambil risiko dan menyebabkan penularan virus di premis perniagaanya.

Pengurus Kafe Drum & Desk, Chew Li Mun, berkata meskipun perniagaanya terkesan semenjak larangan untuk dine in dikeluarkan, namun keselamatan tetap menjadi keutamaannya.

Chew merancang untuk membenarkan pelanggannya untuk dine in di premisnya pada bulan depan selepas pekerja-pekerjanya telah lengkap divaksin.

Pelanggan Sudah Dimaklum

Di Instagram juga, pemilik cafe di Kota Bharu rata-rata menggunakan hashtag ‘dineincanwait’ di post mereka.

Tindakan tersebut adalah untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka mengenai keputusan mereka untuk menunda dine in buat masa sekarang.

Kredit: Free Malaysia Today

Baca Juga: “Jangan Cancel Order. Kesian Kita Yang Mencari Makan.” Keluhan Rider Ini Buat Hati Tersentuh.

tags: | |