Setiap manusia punya jalan hidup dan ceritanya masing-masing. Ada pelbagai suka duka yang akan menjadikan seseorang itu manusia yang penuh dengan corak kehidupan berbeza.
Seperti kisah seorang penjual aiskrim jalanan yang tular baru-baru ini, perkongsian tentang kisah peniaga berkenaan menyentuh hati sesiapa sahaja yang menonton video tersebut.
Hantaran video oleh seorang influencer TikTok, Rui Mei membuka mata semua pihak untuk terus melakukan kebaikan dan berbuat baik kepada semua.
Ini apabila dia berkongsi kisah pertemuannya dengan peniaga aiskrim yang memberi aiskrim percuma kepada sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kisah disebalik kebaikannya itu memberi kekuatan kepadaa orang ramai untuk terus percaya kepada kebaikan walau dunia dipenuhi dengan masalah yang serba serbi.
“Ini kalau OKU kita bagi percuma. Saya punya anak ada seorang OKU. Dia OKU terlantar. Dia sakit. Saya seorang sahaja kerja. Isteri tak kerja. Kerja keretapi. Gaji sikit jadi cari duit lebih.
“Anak OKU dah meninggal. Seorang baru lahir,” ceritanya kepada Rui Mei. Kisahnya itu memberi inspirasi kepada ramai orang.
Dalam video yang sama, influencer TikTok itu juga membelanjakan 50 aiskrim kepada pengunjung di taman itu sambil menolong dan menghargai peniaga tersebut. Ramai yang gembira mendapat aiskrim percuma melalui riak wajah masing-masing.
Melihat kepada harga aiskrim yang dijualnya, dia meletakkan harga yang berbaloi dan murah kepada pelanggannya. Untuk aiskrim jenis kon adalah RM3, ritu RM4 dan cawan RM4.
Perisa aiskrim yang dijualnya adalah vanilla, durian dan jagung. Memang nampak sedap dan lazat.
@ruimeilo Nampak abang jual aiskrim, terharu dengan semangat bang 💪 #longervideos #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #penang #malaysia #belanja
@ruimeilo Nampak abang jual aiskrim, terharu dengan semangat bang 💪 #longervideos #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #penang #malaysia #belanja ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
Melihat komen netizen, semua orang terharu apabila melihat reaksi dan kisah peniaga aiskrim tersebut. Mereka memuji niat baik dan murninya.
“Hebatnya seorang ayah. Income tak banyak mana tapi masih berniat nak belanja orang lain. Rui Mei awak orang yang baik,” kata netizen.
Semoga kebaikan yang ditunjukkan ini sentiasa mengalir dalam dunia yang penuh dengan pancaroba. Teruskanlah berbuat baik kerana hal itu dapat menyelamatkan jiwa-jiwa manusia.
Sumber: Rui Mei