Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “First Time Customer Merajuk..”, Peniaga Bangsudu Nasi Lemak RM1 Kena ‘Tipu’ Dengan Pelanggan, Nak Sedekah Tapi Kena Macam Ni..

“First Time Customer Merajuk..”, Peniaga Bangsudu Nasi Lemak RM1 Kena ‘Tipu’ Dengan Pelanggan, Nak Sedekah Tapi Kena Macam Ni..

Kategori:
peniaga bangsudu

Tidak asing lagi, seorang peniaga nasi lemak yang digelar bangsudu dikenali warganet kerana kebaikannya dalam berniaga. Kisahnya sellau tular di media sosial apabila dia menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus.

Bukan setakat murah, niat dia menjual dengan harga sebegitu kerana ingin menolong orang yang kelaparan tetapi pada masa yang sama mereka ingin berjimat. Jadi, dengan harga sebegitu, ramai yang dapat dibantu untuk mengisi perut dalam ekonomi sebegini.

“First Time Customer Merajuk..”, Peniaga Bangsudu Nasi Lemak RM1 Kena ‘Tipu’ Dengan Pelanggan, Nak Sedekah Tapi Kena Macam Ni..

peniaga bangsudu

Kerana keikhlasannya dalam berniaga, Tuhan pasti akan memberi rezeki lebih yang tak disangka. Di setiap kebaikan yang kita lakukan, terselit pelbagai rahmat rezeki yang melimpah. Antara rezeki yang dianugerahkan kepada Bangsudu adalah mendapat pelanggan yang baik dan ikhlas.

Terbaharu, turut tular satu video yang dikongsi olehnya berkenaan kisah pelanggan yang merajuk apabila dia tidak ingin mengambil wang yang dibayar oleh pelanggan kerana ada hamba Tuhan sudah membayar nasi lemak berkenaan niat untuk bersedekah.

Tetapi, pelanggan yang baik hati itu berdegil untuk membayar dan merajuk jika Bangsudu tidak mengambil wangnya. Pelanggan berkeras ingin membayar walaupun nasi lemak tersebut sudah dibayar oleh seseorang.

“Tak apa abang, abang ambil lah duit ni kalau tak saya tak jadi beli. Next time sahaja belanja saya,” kata pelanggan tersebut kepada peniaga Bangsudu sambil meletakkan nasi lemak ke dalam bakul kembali jika Bangsudu tidak ingin menerima bayarannya.

Dalam video berkenaan, berkali-kali Bangsudu mengatakan tidak mengapa untuk tidak membayarnya dan untuk jalan akhir, pelanggan tersebut tetap meletakkan duit ke dalam plastik dan berlalu pergi.

“Ingat dia terima (untuk tidak membayarnya), sekali ada skill lain,” kata Bangsudu.

Pelanggan ada Helah Lain, Tetap Berkeras Untuk Bayar

peniaga bangsudu

Dalam video itu juga, terdapat pelanggan lain yang memakai baju Coway turut ingin membayarnya walau dilarang oleh Bangsudu. Dia menggunakan teknik letak duit dan lari untuk Bangsudu menerima bayarannya.

“Memang Coway ada hantar atlet nak kenakan saya ke?”, tulis peniaga Bangsudu lagi.

Pelanggan Lain Letak Duit & Lari

peniaga bangsudu

https://www.tiktok.com/@bangsudu/video/7178814064070495515?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458

@bangsudu Terima kasih untuk 2 – 0 ye bang 😭 #fyp #foryou #suduada ♬ original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1

Melihat kepada ruangan komen netizen, ramai yang terhibur dengan gelagat pelanggan Bangsudu yang mempunyai helah masing-masing.

“Akak suka dengar abang tu gelakkan kau dik. Dengan akak sekali duk gelakkan kamu,” komen netizen dengan nama Shaidatul yang terhibur dengan kisah peniaga Bangsudu itu.

Netizen Terhibur, Semoga Rezeki Bangsudu Melimpah Ruah Sebab Bantu Orang & Ikhlas

Benarlah, jika kita berbuat baik kepada orang lain, Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan yang tidak disangka. Semoga peniaga Bangsudu sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang meluas dalam membantu orang ramai.

Sumber: Bangsudu 

Baca juga: Baru 7 Bulan Buka, Peniaga Kek Redha Alami Kerugian, Banyak Kek & Chiller Rosak

tags: | |