Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Baik Jual Murah Atau Bagi Orang..”, Peniaga Buang Kek Dah Expired, Ramai Persoal Kenapa Buat Macam Ni..

“Baik Jual Murah Atau Bagi Orang..”, Peniaga Buang Kek Dah Expired, Ramai Persoal Kenapa Buat Macam Ni..

Kategori:
peniaga buang kek dah expired

Menjadi adat dalam perniagaan, ada kalanya barang jualan tidak terjual kerana terkadang rezeki tidak menyebelahi kita pada sesuatu waktu. Hal itu menyebabkan peniaga terpaksa menanggung kerugian yang tidak dijangka lebih-lebih lagi bagi peniaga makanan.

“Baik Jual Murah Atau Bagi Orang..”, Peniaga Buang Kek Dah Expired, Ramai Persoal Kenapa Buat Macam Ni..

peniaga buang kek dah expired

Seperti satu video yang tular di laman TikTok semalam, sebuah video seorang peniaga kek membuang jualan kek yang tidak terjual menjadi perbincangan orang ramai. Ini kerana, ramai yang beranggapan hal itu sebagai sesuatu pembaziran dan ia boleh dicegah.

Tetapi, mungkin peniaga ada alasannya yang tersendiri dan sebab yang kukuh dia terpaksa berbuat dan menanggung kerugian seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat pelbagai jenis potongan kek dan kek cawan yang dibuang oleh peniaga ke dalam tong sampah. Jika dilihat dari segi kuantitinya, memang ia dibuang dalam jumlah yang banyak.

peniaga buang kek dah expired

Oleh sebab itu, hal berkenaan menjadi perbincangan dalam kalangan netizen dan orang ramai yang melihatnya. Ramai yang bertanya kenapa semua kek yang dibuang tidak diberi dan disedekahkan kepada orang ramai, misalnya.

“Kalau hampir nak expired date better bagi dekat orang sis. In Shaa Allah, rezeki sis dipermudahkan selepas ini. Amin,” kata seorang netizen yang memberi komen tentang peniaga buang kek dah expired berkenaan.

“Rezeki tu, kenapa tak bagi free kepada orang ramai sebelum tarikhnya?”, soal seorang netizen yang mengajukan soalan yang sama kepada peniaga kek buang kek dah expired tersebut.

Baik Sedekah, Dapat Pahala…

peniaga buang kek dah expired

Selain itu, ada juga netizen yang beranggapan seeloknya kek yang tidak habis dijual diberi potongan harga supaya orang dapat membeli kek-kek berkenaan dan pembaziran dapat dielak.

“Baik jual murah sedikit dari buang macam tu je,” ujar netizen dalam ruangan komen sama.

“Ambil lah untung sedikit, yang penting habis,” komen netizen lain dengan nama Fida Yap dalam kisah peniaga buang kek dah expired tersebut.

Bagi Potongan Harga & Diskaun, Dari Tanggung Rugi Besar

peniaga buang kek dah expired

Dalam cerita yang sama, ramai juga berkongsi pengalaman bekerja di kedai kek di mana mereka terpaksa melakukan hal yang sama seperti di dalam video terbabit kerana kek yang dijual tidak terjual.

“Saya pernah kerja di kedai kek. Kek dah expired boleh makan elok tapi nak bagi orang tak tergamak. So, buang je lah. Kalau tak makan boss taknak jual murah sebab rugi daripada buang,” kongsi seorang netizen tentang kisahnya.

“Dekat kedai-kedai atau kilang-kilang berkait dengan makanan ni sebagai pekerja terpaksa hadap semua ni. Aku pernah kerja kilang makanan. Yang reject semua buang. Yang expired ke, yang dah masuk angin ke buang tak apa, jangan bagi orang makan. Entah lah aku pun tak faham.

“Last aku tak tahan, sakit mata tengok mereka buang lagutu ja, aku berhenti kerja tu,” luah seorang netizen berkongsi pengalaman yang seakan sama dengan kisah peniaga buang kek dah expired berkenaan.

Tak Faham Kenapa Sistem Buang Dari Bagi Makanan Di Kilang Atau Kafe Makanan

peniaga buang kek dah expired

@syodaaDiscard old cake 🙁♬ u can use this but give creds – Princess ᥫ᭡

Berkenaan kisah ini, ,ungkin peniaga ada alasan kukuh mengapa dia harus berbuat sedemikian. Dan untuk menjadi peringatan, mungkin sebelum kek dilihat hendak rosak ataupun expired, peniaga bolehlah mengikit saranan netizen seperti menyedekahkan barang jualan ataupun membuat potongan harga daripada pembaziran yang banyak berlaku.

Sumber: Syodaa

Baca juga: “Nanti Bakal Bini Dia Senang..”, Anak Teman Bapa Masak Di Dapur Sejak Umur 1 Tahun, Ramai Netizen Terpukau Dengan Kisah Ini

tags: | |