Untuk makan tengah hari, ramai yang suka membeli nasi bungkus. Malah, terdapat pelbagai lauk yang boleh dicuba, semuanya sedap dan mengenyangkan.
Jika membeli beberapa bungkus, kita akan mudah keliru. Lain bungkusan lain lauk yang dipilih, jadi peniaga selalunya akan menulis di bungkusan itu supaya memudahkan pelanggan.
Tapi segelintir peniaga akan mengambil kesempatan dan cuba menyerlahkan kreativiti pada nasi bungkus pelanggan.
Gara-gara kelaparan, pengguna halosyalala telah membeli nasi bungkus untuk dimakan kemudian. Namun, dia tak sangka pula peniaga pandai bergurau!
Mengambil dua jenis lauk yang berbeza, peniaga itu telah menulis pada bungkusan supaya dia dapat membezakannya lauk yang telah dipilih.
Bila pulang ke rumah, wanita itu mengambil nasi bungkus yang dibeli tadi untuk dimakan. Baru sahaja nak dibuka, dia bagaimanapun terkejut apabila melihat lukisan pada bungkusan tersebut.
Untuk memudahkan, peniaga telah menconteng seekor sotong dan ayam pada bungkusan nasi. Comel dan kreatif, dia juga memuji kreativiti peniaga itu.
@silovalova thanks bang #FlexEveryAngle
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
@halosyalalala thanks bang #FlexEveryAngle ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menjengah di ruangan komen video tersebut yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai rasa geli hati melihat hasil lukisan peniaga itu. Meskipun jelas, ada juga yang keliru dengan lukisan tersebut.
“Gambar pertama itu apa?!”, soal seorang pengguna. Manakala komen seorang lagi, “Oh, itu sotong. Yang kedua itu Godzilla.”.
Hebat juga hasil lukisan peniaga itu, kan? Walaupun tak adalah sama dengan taraf pelukis hebat seperti Leonardo Da Vinci, tapi asalkan pelanggan faham dengan hasilnya sudah memadai. Comel pun ada.
Kredit: halosyalala
Baca Juga: Gerun Tengok Cara Pekerja Kedai Makan Kutip Gelas, Ramai Nasihat Jangan Cuba Aksi Itu