Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Camne La Rider Tak Marah?” Peniaga Dikecam Warganet Kerana Biadab Dengan Rider FoodPanda

“Camne La Rider Tak Marah?” Peniaga Dikecam Warganet Kerana Biadab Dengan Rider FoodPanda

Kategori:
PENIAGA-DIKECAM

Umum tahu bahawa pekerjaan sebagai seorang food rider ini tidak mudah. Demi rezeki, kadang-kadang mereka tidak berkesempatan untuk berehat seketika. Selain dari menghadapi risiko yang besar bila di jalan raya, mereka turut berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan dan peniaga.

Peniaga Dan Rider FoodPanda Gaduh

Baru-baru ini, seorang pengguna, pejualsimkad, memuat naik sebuah video yang memaparkan sebuah pergaduhan di antara seorang rider FoodPanda dengan peniaga di sebuah kedai makan.

Situasi kelihatan tegang apabila kedua-dua pihak menjerit-jerit sambil melontarkan beberapa bahasa kesat pada satu sama lain. Dipercayai pergaduhan berpunca dari pertanyaan oleh peniaga, diikuti dengan kata kasar. Situasi bertambah tegang apabila pekerja dan rider tersebut meninggikan suara. Sebelum kejadian tidak diingini berlaku, seorang lelaki telah menghalang dari tercetusnya pergaduhan fizikal di antara mereka.

Melihat pada situasi, peniaga berang kerana rider tersebut telah mengambil beberapa minit untuk melepak di kedai makan tersebut walaupun mempunyai pesanan untuk dihantar. Risau pelanggan mengadu mengenai perkhidmatan gerai mereka, di situlah bermulanya pergaduhan diantara kedua-dua pihak.

@pejualsimkadperniaga nie baru on tab ke..atau dia tak paham sistem? paling aku tak paham kenapa rider tue nak lepak tak boleh?♬ original sound – Fadli Ahmad

Peniaga Dikecam Kerana Biadab Dengan Rider

Menjengah di ruangan komen, warganet tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga tersebut kerana telah bertindak kasar pada rider tersebut. Peniaga dikecam, menurut mereka, peniaga seharusnya memahami juga penat lelah yang perlu ditanggung oleh para rider. PENIAGA-DIKECAM

Seharusnya kedua-dua pihak berbicara secara elok dan tidak perlu mengeluarkan bahasa kesat. Jika risau akan aduan pelanggan, peniaga seharusnya berbincang secara elok dan tidak perlu mengugut rider tersebut sehingga boleh menyebabkannya berasa berang.

Kredit: TikTok pejualsimkad

Baca Juga: “Kedai Dekat Perak Tapi Runner Dekat KL…”, Sistem Buat Silap, Rider Foodpanda Jadi Mangsa

 

tags: