Penggunaan TikTok semakin meluas di kalangan anak muda. Walaupun aplikasi tersebut pernah dikecam dahulu, ramai yang mendapat manfaat darinya. Malah, banyak jenama dan peniaga menggunakannya bagi memajukan perniagaan mereka.
Orang ramai juga suka viralkan pelbagai kedai makan dan perniagaan menggunakan TikTok.
Mengunjungi sebuah gerai yang berdekatan dengan rumahnya, seorang lelaki, azimhykarl, telah ke sana untuk membeli makanan dan minuman. Ketika di sana, dia terserempak dengan sebuah gerai yang menjual air keladi ais krim yang sedang viral.
Sambil peniaga sedang menyediakan minuman itu, lelaki tersebut merakam video aksi peniaga untuk dimuat naik ke akaun TikToknya. Hal itu boleh jadikan viral, sekaligus membantu perniagaan tersebut.
Agaknya cuak bila menyedari diri sedang dirakam untuk content TikTok, peniaga itu kelihatan cemas apabila sedang menyediakan minuman tersebut. Lebih-lebih lagi ketika sebekas ais krim enggan berkerjasama dan keluar dari bekas. Rasa lucu pula melihat gelagatnya!
@azimhykarl 😁 #fypシ ♬ เสียงต้นฉบับ – POCIKI | NINJA
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berasa terhibur melihat gelagat peniaga itu. Menurut pengguna kaizenn26, mungkin dia cuak kerana orang rakam ketika ais krim tidak ingin keluar dari bekas.
Ais krim pula boleh pula buat hal ketika sedang rakam, lagilah bertambah malu. Tapi tak apa, biasalah tu bila orang rakam kita berdebar kan? Tapi bila tak rakam okay pula.
Semoga perniagaan lokal menjadi viral dan mendapat sokongan tempatan. Daripada video ini, ramai yang terliur tengok kesedapan air keladi tu. Mungkin, di situlah hikmah dia kan?
Kredit: azimhykarl