Jika pergi ke stadium untuk menonton bola, biasanya akan kelihatan peniaga-peniaga di stadium menjual pelbagai makanan dan minuman untuk para penonton mengisi perut tatkala kelaparan ketika menonton acara.
Dan antara makanan yang menjadi pilihan ramai adalah burger stadium.
Namun, kisah yang dikongsi dan terjadi kepada salah seorang penonton yang juga pelanggan burger di stadium Terengganu menimbulkan kekesalan kepada orang ramai.
Ia dikongsi oleh seorang gadis di laman TikToknya dan dia menyatakan kekesalan kerana burger yang dibelinya memang tidak berbaloi dengan harga di kawasan stadium.
Menerusi video berkenaan, gadis itu berkongsi hal yang mengejutkan apabila burger stadium itu mempunyai inti daging separuh sahaja.
Malah, inti daging berkenaan dilihat kecil dan sama sekali tidak berbaloi dengan harga yang diletakkan penjual.
Melihat kepada komen orang ramai, ada yang menyatakan pengalaman sama apabila beli burger stadium kerana selalunya tidak berbaloi dengan apa yang dijual.
“Makin teruk burger stadium, dulu boleh juga ada daging sekeping. Sekarang cubit-cubit daging ayam je letak,” kata salah seorang netizen.
Semoga peniaga-peniaga di luar sana meniaga dengan jujur dan ikhlas dalam menyediakan makanan buat pelanggan.
Sumber: a.eyn