Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nak Cicah Roti Canai Je, Peniaga Kenakan Cas RM5 Untuk Sepinggan Kuah Kari Ayam. Aktivis Masyarakat Ini Tak Puas Hati 

Nak Cicah Roti Canai Je, Peniaga Kenakan Cas RM5 Untuk Sepinggan Kuah Kari Ayam. Aktivis Masyarakat Ini Tak Puas Hati 

Kategori:
kuah kari ayam

Tahun 2022, merupakan tahun yang agak perit bagi semua masyarakat Malaysia dan penduduk dunia. Pelbagai jenis barangan, tidak kira sama ada barangan mentah, barangan dapur dan lain-lain barangan mula naik harga.

Salah satu penyebab Kenaikan harga barangan tersebut adalah berlakunya peperangan antara Rusia dan Ukraine. Umum mengetahui bahawa kedua buah negara ini merupakan antara negara berkuasa. Bermula dari itu, banyak barangan yang mula naik harga.

Masyarakat terpaksa berjimat cermat dan membeli barangan yang penting sahaja. Kadangkala nak makan dikedai pun terpaksa berkira-kira. Mana tidaknya, ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dan menjual makanan pada harga yang tidak masuk akal.

Nak Cicah Roti Canai Je, Peniaga Kenakan Cas RM5 Untuk Sepinggan Kuah Kari Ayam

Seperti mana yang berlaku kepada seorang lelaki yang lebih dikenali dengan nama doktorkerusi menerusi aplikasi TikTok, dia juga merupakan seorang aktivis masyarakat. Lelaki tersebut dikenakan cas sebanyak RM5 untuk sepinggan kuah kari ayam.

Walaubagaimanapun, video yang dikongsikan tersebut bukanlah video asal namun ianya adalah lakonan semula. Berbalik kepada kisah ini, pada mulanya, doktor kerusi ini telah meminta kuah kari ayam untuk dicicah bersama dengan roti canai. Tidak dapat diketahui dengan jelas apakah kuah tersebut ditambah atau pun sebaliknya.

Apa yang membuatnya berasa kesal adalah apabila kuah yang berharga RM5 sepinggan itu hanya diisi dengan ayam sebesar jari kelingking sahaja. Jika ayam tersebut bersaiz besar tidak mengapa dicaskan dengan harga yang mahal. Ini hanya sekadar kuah dan sedikit ayam sahaja.

Perkongsian video tersebut dibuat bukan semata-mata untuk dirinya namun dia memikirkan mereka yang tidak berduit dan makan di kedai tersebut lalu dikenakan cas yang agak tidak masuk akal.

Tahu, sebagai peniaga mereka pun mencari makan namun pastikan makanan yang dijual dikenakan cas pada kadar yang sepatutnya. Tolong jangan mengambil kesempatan sesuka hati. Ekoran video tersebut, ia telah mendapat perhatian warga TikTok.

@doktorkerusi

Kari Ayam cicah Roti Canai RM5.00 video ni lakonan semula qty dlm video ni lebih byk dan besar.

♬ original sound – doktorkerusi – Doktorkerusi

@doktorkerusiKari Ayam cicah Roti Canai RM5.00 video ni lakonan semula qty dlm video ni lebih byk dan besar.

♬ original sound – doktorkerusi

Mahalnya cekik darah betul..

Pelbagai maklum balas dan reaksi yang ditinggalkan oleh warganet namun ramai yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh lelaki ini. Menurut Diah serta chokicoki00 harga tersebut dianggap cekik darah dan sangat mahal.

Takpelah. Roti canai cicah air masak pun ok la..

Tidak kurang juga ada yang berseloroh, takpelah. Roti canai cicah air masak pun ok la. Dalam masa yang sama, ada juga yang berkongsi pengalaman makan roti canai di Pulau Langkawi.

Cuba korang bayangkan, hanya minta kuah kari ayam untuk dicicah dengan roti canai sahaja namun dikenakan cas yang sedemikian rupa. Mungkin bagi mereka yang berduit tidak menjadi masalah tetapi bagi mereka yang tidak berduit, agak-agak macam mana?

Kasihanilah masyarakat Melayu kita. Faham, sebagai peniaga mereka memikirkan keuntungan namun biarlah berpada-pada. Janganlah mengambil kesempatan terhadap pelanggan dan jangan aniaya pelanggan. Adalah lebih baik jika kita berniaga dengan jujur, pasti murah rezeki selalu.

Sumber: TikTok doktorkerusi

Baca juga: “Niaga Sambil Sedekah Tu..” Lelaki Ini Terkejut Temui Gelang Tangan Dalam Somtam Yang Dimakan

tags: | | | | |