Tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan harga barangan dapur telah membebankan semua pihak. Antara yang terkesan adalah golongan pengusaha kedai makan yang perlu mengambil kira pelbagai kos.
Walaupun tidak mahu menghampakan pelanggan-pelanggan setia, ada yang terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual bagi memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan.
Meskipun begitu, masih wujud segelintir peniaga yang tetap nekad untuk menjual dengan harga yang murah walaupun tidak mendapat untung yang begitu lumayan.
Jika dilihat di luar sana, harga sebungkus Nasi Ambeng boleh mencecah lebih dari RM15. Tapi seorang peniaga kecil ini hanya menjual dengan harga RM6 sahaja.
Peniaga itu yang dikenali sebagai Kak Ida, memiliki perniagaan Nasi Ambeng Sijangkang. Walaupun harganya yang lebih murah berbanding kedai lain, portion yang diberi tetap banyak dan memuaskan. Malah, ia boleh dikongsikan bersama tiga orang.
Ada juga pelanggan yang risau dan bertanya samada RM6 itu mendatangkan keuntungan atau tidak buatnya tapi peniaga itu tetap yakin dengan rezekinya.
@pujanggaberbicara ‘KAK, BERBALOI KE JUAL RM6 sebungkus?’.’InsyaAllah ada rezeki akak. Ada lebih”.Itulah jawapan Ikhlas Kak Ida. Owner Nasi Ambeng ni.#nasiambeng Sijangkang Kak Ida 3M.Mewah Meriah & Murah. Portion besar. Last time beli sebungkus terpaksa makan 3 org.Semoga Allah murahkan rezeki Kak Ida dan bisnes makin laju. #fyp #foryourpage
@pujangga_berbicara ‘KAK, BERBALOI KE JUAL RM6 sebungkus?’.’InsyaAllah ada rezeki akak. Ada lebih”.Itulah jawapan Ikhlas Kak Ida. Owner Nasi Ambeng ni.#nasiambeng Sijangkang Kak Ida 3M.Mewah Meriah & Murah. Portion besar. Last time beli sebungkus terpaksa makan 3 org.Semoga Allah murahkan rezeki Kak Ida dan bisnes makin laju. #fyp #foryourpage ♬ original sound – Husin
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut kagum dan memuji pilihan peniaga itu yang tidak mementingkan untung. Ketika berniaga, dia juga mampu bersedekah.
Tak semua orang mahu menghadapi kerugian ketika berniaga. Namun begitu, peniaga ini tetap nekad untuk menjual dengan harga yang jauh lebih murah supaya pelanggannya berpuas hati.
Oleh itu, jom kita semua doakan agar Kak Ida terus dimurahkan rezeki dan semoga perniagaannya tetap maju dan dikenali di masa akan datang.
Kredit: pujangga_berbicara