
Kegigihan mencari rezeki adalah perkara yang dituntut kepada manusia. Dengan cara itu, Tuhan akan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka.
Seperti kisah seorang peniaga yang meniaga kuih di Ampang, perniagaannya menjadi sebutan ramai apabila melihat kegigihannya berniaga walau dalam keadaan sakit.
Hal itu telah dikongsi oleh Nurul Nabihah di laman kumpulan Facebook Penduduk Ampang (Ampang).
Tidak pasti apakah punca sebenar kesakitan yang dialaminya, ada orang yang menyatakan dia seperti sakit autistik yang sedang berjuang untuk hidup.
Walau dalam keadaan begitu, dia tetap tegar mencari rezeki yang halal dengan berniaga kuih yang dipelajari menerusi tontonan YouTube.
“Yang mana duduk area Spectrum Ampang, boleh lah singgah support abang ni. Dia macam autism sedikit. Dia taknak orang bagi duit extra, dia kata nanti Allah marah. Dia kata nak keje tak boleh sebab orang taknak ambil dia kerja.
“Dia kata dia tengok YouTube buat puding dan kek. Korang support lah tau! Alhamdulillah tadi saya dah makan pudind nya sedap lagi-lagi Caramel Pudding Cake Chocolate sedap betul makan sejuk-sejuk.
Kisah peniaga gigih jual kuih ini telah mendapat perhatian warga maya kerana ramai yang kagum dengan kegigihan peniaga tersebut mencari rezeki yang halal.
Sesiapa yang ingin menyokong perniagaannya, boleh lah singgah ke jualannya yang terletak di Belakang Spectrum Ampang / Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang.
Sumber: Nurul Nabihah
Baca juga: Ini 50 Senarai Minyak PETRONAS & 5 Bazar Ramadan Yang Terima Kitar Semula Minyak Masak Terpakai