Jika dilihat sekarang, ramai diantara kita yang telah mula membuka perniagaan ayam goreng. Menjadi minat orang ramai, jika berniaga dengan ikhlas dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, semestinya perniagaan itu akan maju.
Namun, pada fasa awal, semua peniaga pasti akan bertemu pelbagai cabaran. Maklumlah nak mendapatkan kepercayaan pelanggan itu tidak mudah. Sebelum mereka cuba, habis semua disiasat untuk memastikan makanan yang dibeli adalah berbaloi dan berkualiti.
Peniaga Terkejut Dapat Soalan Pelik Dari Pelanggan
Di laman TikTok, seorang pengguna, ayamgorengtasik telah berkongsi sebuah video. Membalas komen ‘pelik’ yang pernah diterima oleh seorang netizen, pengguna itu berasa hairan dengan soalan yang ditujukan.
‘Keliru’ dengan rupa ayam goreng yang dijual, warganet itu bertanya adakah peniaga itu menggunakan katak untuk dijual pada pelanggan. Terus membalas, peniaga itu menyakinkan pelanggannya bahawa apa yang dijualnya adalah ayam goreng, bukan katak goreng.
@ayamgorengtasik Balas kepada @inazarina255 ayam ni bukan katak π€£π€£π€£ #rancak #AyamGorengTasik #ampangtasiktambahan #Ampang #selangor #kualalumpur #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia
β¬ bunyi asal – AYAMGORENGTASIK π – AYAMGORENGTASIK π
@ayamgorengtasikBalas kepada @inazarina255 ayam ni bukan katak π€£π€£π€£ ##rancak ##AyamGorengTasik ##ampangtasiktambahan ##Ampang ##selangor ##kualalumpur ##tiktokmalaysia ##tiktokmalaysia
Katak Dengan Ayam Pun Tak Kenal?
Menjengah di ruangan komen, soalan yang ditujukan oleh netizen tersebut telah menghiburkan warganet. Macam mana lah boleh tertukar ayam dengan katak? Ini bukan peniaga terkejut, warganet pun terkejut.
Maafkan Sahaja Netizen Itu
Namun, ada juga yang tampil untuk memohon pada peniaga itu agar memaafkan netizen tersebut atas soalan yang diajukan. Mungkin sekadar bergurau, harap soalan itu tidak menyinggung perasaan peniaga tersebut.
Siapa sangka ayam pun boleh tertukar dengan katak! Macam-macam kerenah netizen ini, kan? Tak mengapa, bersangka baik. Mungkin ada betulnya dia cuma ingin bergurau. Mana lah tahu mungkin lambat laun nanti dia akan menjadi peminat dan pelanggan setia untuk ayam goreng yang dijual olehnya.
Kredit: TikTok ayamgorengtasik
Baca Juga: βBeranak Tak Lepas Ni..β Warganet Keliru Melihat Rupa Ayam Istimewa, Sampai Takut Nak Makan.