Bekas Perdana Menteri yang keenam, Dato Sri Najib Razak, merupakan ahli politik kontrovesial. Terlibat dalam beberapa skandal, terutamanya 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia menjadi antara faktor kekalahan parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2018.
Meskipun ada segelintir diantara kita yang tidak menggemarinya, seharusnya kita juga perlu melayaninya seperti manusia biasa dan diberi layanan yang baik.
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah kedai makan terus sahaja bertindak menutup kedai makan dan pelanggan lain terus berlalu pergi setelah menerima ketibaan Dato’ Sri Najib Razak.
Video tersebut dimuat turun di laman TikTok dimana peniaga tersebut terus sahaja mengarahkan pekerjanya untuk mengemas segala peralatan di kedai, seolah tidak mengalukan kedatangan ahli politik tersebut.
Menurut zaharuddinsudin, beliau telah ke sana untuk menyantuni penduduk tapi ini pula yang terjadi.
https://www.tiktok.com/@zaharuddinsudin/video/7028427687580486914?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8zdLiFBu7nBoLVAgXfZFuR5YpRk4gTTNjUTuA6WRuZEI%2FEmOYh4F4ohNgBIxrYA9OmIc%2BF0giYm7fc76VGgA%3D&checksum=&language=en&mid=6703715124881918722&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7028427687580486914&share_link_id=002067d2-2658-4fb1-a1f5-385d06a22a92&source=h5_t×tamp=1636443018&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@zaharuddinsudinKejadian berlaku di Melaka. Ketika dia ingin menyantuni penduduk.. Penduduk dan owner kedai terus santuninya dengan menutup kedai.. hahaha ##fypシ ##melaka ##najibrazak ##tolakBN ##tolakPH ##kelakar ##maharajalawak♬ Terdiam Sepi – Nazia Marwiana
Di ruangan komen, warganet turut terkesan dengan layanan peniaga tersebut. Meskipun tidak menggemarinya, dia juga perlu dilayan seperti pelanggan biasa dan juga dihargai atas sumbangannya.
Namun, ada individu yang tampil untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Menurutnya, peniaga tersebut bertindak sebegitu bagi memberi ruang buat Dato Sri Najib Razak untuk menjamu di kedai mereka. Seharusnya peniaga itu tidak difitnah.
Apabila menerima tetamu, seharusnya kita menyambut mereka dengan baik agar mereka tidak berkecil hati dengan tindakan kita. Jika kita memuliakan tetamu, mereka juga berasa senang dan tidak putus mendoakan kita.
Kredit: TikTok zaharuddinsudin