Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rahsia Ayam Bakar Sedap, Rupanya Perap Ayam Guna Perencah Nasi Goreng Adabi, Baru Mantap!

Rahsia Ayam Bakar Sedap, Rupanya Perap Ayam Guna Perencah Nasi Goreng Adabi, Baru Mantap!

Kategori: ,
perap ayam guna perencah

Ayam bakar memang menjadi menu pilihan ramai kalau pergi berkempen atau membuat sesuatu majlis dengan menyediakan sesi BBQ. Tetapi ada kalanya, kita selalu buntu untuk sukat bahan-bahan perapan ayam bakar kan?

Terlalu banyak pilihan di ruang internet. Ada yang terlalu ringkas dan ada yang agak rumit. Jadi jangan risau, kali ini kami akan kongsikan satu rahsia ayam perapan yang mantap lagi sedap. Kita perap ayam guna perencah Nasi Goreng Adabi macam dalam gambar! Ini memang akan sedap lain macam!

Rahsia Ayam Bakar Sedap, Rupanya Perap Ayam Guna Perencah Nasi Goreng Adabi, Baru Mantap!

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • perencah nasi goreng Adabi
  • madu
  • kentang

Cara Penyediaan:

  1. Ayam dipotong dan dibersihan.
  2. Gaul terus denga perencah nasi goreng, lagi banyak lagi sedap tau. Ikut kuantiti ayam. Agak-agak sebati tu ngam lah!
  3. Selepas itu, masukkan sekali madu dalam 3-4 sudu macam tu.
  4. Dan, perap semalaman untuk dia sebatikan rasa luar dan dalam ayam terbabit.
  5. Bakar sehingga kulitnya garing.
  6. Jangan lupa tau, bakar suhu dalam 250 darjah celcius dalam tempoh masa 25-30 minit.
  7. Boleh juga nak bakar dalam Air Fryer. Terserah anda.

perap ayam guna perencah perap ayam guna perencah perap ayam guna perencah perap ayam guna perencah perap ayam guna perencah

Okay dah siap menu dan resepi perap ayam guna perencah nasi goreng ni. Amat sesuai lagi-lagi untuk orang yang tiada masa dan kesuntukan waktu memasak di dapur.

Campur je bagan macam di atas dan bakar. Zaman sekarang ni kan kita nak kurangkan minyak jadi ini adalah salah satu caranya!

Selain ringkas, rasanya juga sedap dan senang nak buat!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Liyaw Ah Seng

Baca juga: Resepi Ringkas Dan Sedap Daging Masak Manis, Sekali Cuba Pasti Nak Masak Lagi!

tags: | |