Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pernah Dihina Miskin, Peniaga Nasi Lemak Ini Sebak Bila Ramai Bagi Sambutan & Habiskan Jualan

Pernah Dihina Miskin, Peniaga Nasi Lemak Ini Sebak Bila Ramai Bagi Sambutan & Habiskan Jualan

Kategori:
Dihina Miskin

Ramai peniaga sedang bergelut untuk mencari rezeki. Lebih-lebih lagi buat peniaga kecil, kos barangan yang semakin meningkat menjadi satu cabaran yang besar.

Di saat begini, tentu mereka mengharapkan sokongan dari orang terdekat tapi masih ada segelintir individu yang berbuat sebaliknya dan mencaci peniaga kecil kerana tidak yakin pada mereka.

Dihina dan dicaci, sesiapa sahaja akan berasa sedih tapi jangan membiarkan hal itu memutuskan semangat kerana rezeki akan datang pada mereka yang tidak berhenti berusaha.

Pernah Dihina Miskin, Peniaga Nasi Lemak Ini Sebak Bila Ramai Bagi Sambutan & Habiskan Jualan

Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang peniaga kecil, shahira_yusop menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.

Meniaga kuih dan nasi lemak secara kecil-kecilan di sebuah gerai, wanita itu akui perniagaan yang diusahakannya bukan sesuatu yang mudah. Selain meniaga seorang diri tanpa pekerja, dia juga pernah dicaci dan dihina miskin oleh orang sekeliling. Dihina Miskin

Tidak mengalah, dia teruskan menjual dan tak sangka bahawa perniagaannya kini laku keras.

Belum cukup satu jam selepas membuka kedai, nasi lemak yang dijual pada harga RM1 olehnya dah kehabisan dan gerai juga diserbu pelanggan, tak menang tangan untuk dia layan seorang diri. Dihina Miskin

Terharu dengan rezeki yang diperolehi, wanita itu juga bersyukur bila mengenangkan pelbagai rintangan yang perlu dihadapinya selama satu tahun berniaga.

https://www.tiktok.com/@shahira_yusop/video/7142299773415066907?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@shahira_yusop tak sampai 1 jam nasi lemak rm1 habis🥺#nasilemakrm1 #fypシ゚viral🖤tiktokfyp♡☆fyp #klang ♬ bunyi asal – Qurratu Aini TE – ℚ𝕦𝕣𝕣𝕒𝕥𝕦 𝔸𝕚𝕟𝕚 🦿

Di ruangan komen pula, orang ramai turut tumpang gembira dengan kejayaan yang dinikmatinya sekarang ini. Rata-rata mendoakan perkara yang baik-baik sahaja buatnya.

“Semua rezeki ada kesabaran, keikhlasan, dugaan jatuh bangun. Doa tanpa henti InsyaAllah akan ada rezeki menyusul.”, nasihat seorang pengguna.

Syukur Lihat Wanita Ini Makin Berjaya, Netizen Senang Hati Dihina Miskin

Tentu kita akan berasa sangat sedih apabila ada yang menghina sumber rezeki kita, kan? Namun yang penting kita jangan bersedih terlalu lama dan jadikan cacian itu sebagai pendorong untuk berusaha lebih.

Kredit: shahira_yusop

Baca Juga: Baru Teruja Ingat Dapat Makan Pizza 1 Meter, Akhirnya Lelaki Ini Kecewa Bila Tengok Dalam Kotak

tags: | | |