Sebut sahaja mengenai street food yang femes di Malaysia, Burger Ramly pasti di antaranya. Dijual di gerai kecil di tepi jalan, ia begitu digemari ramai dan menjadi pilihan bagi mereka yang sibuk atau mencari makanan malam dengan harga yang berpatutan.
Walaupun sudah bertahun berlalu, Burger Ramly masih lagi terkenal dan mudah didapati di mana-mana tempat, mustahil tak pernah rasa! Namun ada juga segelintir individu yang belum tergerak lagi untuk mencubanya. Agaknya apa reaksi mereka bila pertama kali makan?
Mempunyai anak sulung yang berusia tiga belas tahun, cikgu_naz_art berasa hairan dengan selera anaknya. Tak pernah makan seafood, daging, buah, sayur dan telur, anaknya itu juga tak pernah berselera untuk mencuba Burger Ramly yang dijual berhampiran. Senang kata walaupun usianya sudah berada di awal remaja, dia tak pernah menjamah burger tersebut!
Tapi kali ini ketika mereka sedang bersiar, anaknya melihat begitu ramai orang membeli Burger Ramly dari sebuah gerai. Ingin mencuba, dia meminta dengan ayahnya untuk membelikan sebiji burger oblong untuknya.
Berhenti untuk makan, si ayah pula terhibur melihat gelagat anaknya makan burger tersebut. Jelas ini pertama kali dia mencubanya, si anak hanya mencubit daging dan roti.
Melihat anaknya, si ayah pula mengajar anaknya untuk makan burger tersebut secara sebetulnya. Tapi membalas komen yang telah ditinggalkan phaesahhaseat, meskipun anaknya kelihatan berselera ketika memakannya, dia tidak berjaya menghabiskannya.
@cikgu_naz_art Makhluk aneh. Tak makan seafood, daging, buah, sayur, telur. Rugi nikmat hidup 13 tahun😅#tiktokmalaysia🇲🇾 #fyp #foryoupage #fyp
@cikgu_naz_art Makhluk aneh. Tak makan seafood, daging, buah, sayur, telur. Rugi nikmat hidup 13 tahun😅#tiktokmalaysia🇲🇾 #fyp #foryoupage #fyp ♬ original sound – AkakCoklat
Di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat gelagat anak sulung lelaki itu. Ada juga yang terkejut dengan pemakanannya. Tak banyak mencuba, mesti mak dan ayah senang sebab tak perlu keluarkan banyak duit.
Rasa seperti tak percaya pula ada yang belum cuba lagi Burger Ramly, kan? Tapi nak buat macam mana, lain orang lain selera. Ada yang suka, ada yang tak. Sekurang-kurangnya pernah rasa.
Kredit: cikgu_naz_art
Baca Juga: “Habis Tak Boleh Pakai..” – Pelanggan Sedih Barang Dapur Habis Rosak, Rugi Akibat Kecuaian Cashier