Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Baru Pertama Kali Cuba Roti Canai, Reaksi Adik Comel Ini Lepas Makan Curi Perhatian Ramai

Baru Pertama Kali Cuba Roti Canai, Reaksi Adik Comel Ini Lepas Makan Curi Perhatian Ramai

Kategori:
pertama kali cuba roti canai

Roti canai merupakan antara makanan yang digemari ramai rakyat Malaysia. Boleh didapati di mana-mana restoran, ia menjadi menu terkenal buat sarapan pagi dan makan malam.

Namun, ada segelintir dari kita semua yang belum lagi mencubanya. Rasa seronok pula bila melihat reaksi setiap orang yang mencuba hidangan itu, kan?

Baru Pertama Kali Cuba Roti Canai, Reaksi Adik Comel Ini Lepas Makan Curi Perhatian Ramai

Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna, papa_jiajen yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi reaksi anaknya.

Mempunyai seorang anak kecil, dia dan isteri bercadang untuk makan di luar pada malam tersebut.

Mengunjungi sebuah restoran, mereka turut membawa anaknya di situ untuk mencuba roti canai buat pertama kalinya. pertama-kali-cuba-roti-canai

Anaknya yang teruja untuk mencuba hidangan itu turut memesan sekeping roti canai kosong untuk dimakan. Setelah disuap, kanak-kanak itu kelihatan begitu gembira. pertama kali cuba roti canai

“Uncle sedapnya!”, jeritnya beberapa kali untuk memberitahu pada si penebar roti canai.

Terhibur melihat gelagat anaknya itu, si bapa hanya mampu tersenyum.

@papa_jiajen Uncle…can you hear me???😲 #roticanai #mamakfood #fatherhood #fatherson #fathersonduo #malaysianfood #parenting #tiktokguru #tiktokmalaysia #fyp ♬ Funny Song – Cavendish Music

Meninjau di ruangan komen video tersebut, orang ramai yang menonton reaksi anak kecil itu turut tersenyum. Terlalu comel, gelagatnya menarik perhatian orang ramai.

“Boleh jadi model roti canai. Dia punya sedapnya tu sekarang jugak kita pergi beli roti canai.”, ujar seorang pengguna.

Comel Sahaja, Adik Ini Tentu Boleh Jadi Model Roti Canai pertama kali cuba roti canai

Terhibur pula melihat adik itu cuba makan roti canai buat pertama kali. Nampak teruja lain macam. Mesti lepas ini jadi ketagih dengan hidangan itu, pergi mana-mana pun mesti akan pesan!

Kredit: papa_jiajen

Baca Juga: “Kucing Pun Tak Lalu..” – Niat Nak Bagi Kawan Makan Lauk Sedap, Tapi Lain Pula Jadinya..

 

tags: | | |