Pernahkah anda mendengar tentang penyakit Systematic Lupus Erythematosus (SLE)? Ia adalah suatu penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit ini tidak diketahui sehingga sekarang.
Perjalanan seorang pesakit SLE sememangnya sangat mencabar. Dengan bantuan dan sokongan orang sekeliling, mereka dapat mengumpulkan semangat agar terus bertahan dan kuat menghidapi penyakit.
Seperti sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok, seorang pesakit SLE yang berusia 21 tahun dengan gelaran nama Nasuha QIstina Amirnuddin menceritakan bagaimana dia terharu melihat doktor dan misi datang menyambut hari kelahirannya di hospital. Mereka membawakan kek untuknya dan meraikannya bersama-sama.
“Terima kasih buat doktor kerana meraikan hari kelahiran saya. Tak tergambar perasaan terharunya saya. 2022 tahun yang sangat mencabar untuk saya,” ceritanya dalam keterangan video dalam berkongsi kisah doktor & misi sambut hari kelahirannya di hospital Selayang.
@nasuha_qistina Terima kasih buat Dr2 kerana meraikan hari ulangtahun kelahiran saya. X tergambar perasaan terharunya saya. 2022 tahun yg sgt mencabar utk saya
@nasuha_qistinaTerima kasih buat Dr2 kerana meraikan hari ulangtahun kelahiran saya. X tergambar perasaan terharunya saya. 2022 tahun yg sgt mencabar utk saya♬ Kenangan Terindah – SAMSONS
Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang memberi kata-kata semangat kepadanya. Walaupun tidak mengenali di antara satu sama lain, mereka bersama-sama menyalurkan dokongan dan kasih sayang yang tidak putus-putus kepada pesakit SLE cilik tersebut.
“Suka hospital Selayang ni. Doktor dan misi dia memang baik-baik,” kata netizen dengan nama Jiha memberi komen di kisah perkongsian pesakit SLE tersebut.
“Happy birthday sis. Kakak saya pun sedang berjuang dengan SLE. Virtual hugs for you,” komen Syasyazal memberi dokongan kepada pesakit SLE berkenaan.
“Happy birthday dik. Semoga terus kuat dan sihat,” kata Eikabibit.
Semoga urusan adik Nasuha sentiasa dipermudahkan Tuhan. Terima kasih orang-orang baik kerana memberikan semangat kepada adik Nasuha. Semoga sentiasa melompat lebih tinggi untuk sinar yang berada di hadapan.
Dan untuk pesakit SLE yang lain, semoga mereka semua juga dilancarkan perjalanannya dalam berjuang dengan penyakit ini.
Sumber: Nasuha Qistina Amirnuddin