Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Lain Macam Kedai Ni..”- Pesan Guna FoodPanda, Wanita Ini Hairan Bila Makanan ‘Hilang’

Rasida by Rasida
Jun 9, 2022
in Berita
2 min read
0 0
0
pesan guna foodpanda
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

FoodPanda merupakan antara aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan yang sangat terkenal di seluruh Malaysia. Mudah digunakan serta menampilkan pelbagai pilihan kedai makan dan restoran untuk pelanggan, ia diguna secara meluas.

Bukan sahaja memudahkan para pelanggan, peniaga juga dapat mencari pendapatan dengan mendapat banyak manfaat bila menggunakan FoodPanda.

Namun, pelanggan perlulah berhati-hati dan memilih restoran yang dipercayai. Ini kerana seorang wanita, schufqaa telah terkena dengan sebuah restoran di FoodPanda, menyebabkan dia kerugian. Ikuti perkongsiannya ini.

Pesan Guna FoodPanda, Wanita Ini Hairan Bila Makanan ‘Hilang’

Memandangkan sudah terlalu lama menahan lapar dan tidak ingin ke dapur untuk memasak, wanita itu memilih untuk memesan makanan. Membuka aplikasi FoodPanda, dia mencari restoran yang sesuai untuk membeli.

Menemui sebuah restoran yang menjual hidangan lokal dan Barat, wanita itu terus memesan hidangan Char Kuey Teow bersama Lamb Chop. Nampak banyak tapi memandangkan teringin dan sangat lapar, dia berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang dipesan. pesan guna foodpanda pesan guna foodpanda

Teruja bila makanan sampai, wanita itu terus ke mengambil makanannya untuk dimakan. Walaupun Lamb Chop nampak sungguh menyelerakan, wanita itu berasa hairan apabila melihat Char Kuey Teownya. pesan guna foodpanda

Ini kerana Kuey Teow didapati hilang. Yang tiba hanya satu bekas kuah Char Kuey Teow bersama dua ekor udang dan sedikit daun kucai. Misteri itu membuatnya berasa sangat binggung dan sedih.

@schufqaa

Sedih 😭 #fypdongggggggg

♬ original sound – Schu Fcaa –

BacaJuga

pesanan macam 'karangan'

“Memang Patut Tulis Macam Tu..”, Netizen Sokong Pelanggan Foodpanda Buat Pesanan Macam ‘Karangan’, Sebabnya..

Januari 26, 2023
1.7k
nasi goreng pattaya

“Agaknya Customer Happy Tak?”, Peniaga Dapat Pesanan Foodpanda Nasi Goreng Pattaya ‘Pedas’, Ini Tindakannya..

Januari 24, 2023
7.6k
@schufqaa Sedih 😭 #fypdongggggggg ♬ original sound Schu Fcaa

Di ruangan komen pula, orang ramai berasa terhibur melihat perkara itu. Usik seorang pengguna, wanrose, kemungkinan tukang masak belum lagi siap memasak hidangan tersebut. Mesti dia sedang tercari bekas itu untuk meletakkan kuey teow yang baru sahaja disiapkan.

Manakala pengguna Marfa HF berpendapat bahawa hal itu disebabkan oleh udang tersebut. Mungkin mereka sudah menghabiskan kuey teow itu sebelum ianya sampai.

Kuey Teow Hilang, Warganet Pula Yang Terhibur pesan guna foodpanda

Sebelum memesan makanan menggunakan apa jua aplikasi, pastikan anda berhati-hati dan membuat pilihan yang tepat. Ini bagi mengelakkan perkara sebegini terjadi pada diri anda.

Namun ada kalanya kesalahan sebegini merupakan sesuatu yang tidak disengajakan oleh pihak peniaga. Nak buat macam mana, nasib kurang baik. Redha sahajalah.

Kredit: schufqaa

Baca Juga: “Ulat Ke Tu?”, Jumpa Benda ‘Aneh’ Pada Coklat Bar, Wanita Ini Terus Hilang Selera Untuk Makan

 

Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
udemy course download free
download intex firmware
Tags: Char Kuey TeowfoodpandaKuey TeowPelanggan FoodPandaPeniagapeniaga tipu
ShareTweetSend

Related Posts

Mat Salleh Australia
Berita

Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Januari 27, 2023
133
peniaga celup tepung
Berita

Peniaga Celup Tepung Rugi Hampir RM100,000 Akibat Fenomena Air Pasang, Hampir 200 Pelanggan Lihat Kejadian Yang Dahsyat

Januari 27, 2023
94
gadis OKU
Berita

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Januari 27, 2023
104
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist