Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pergi Makan Kedai Viral Pesan Lauk Kailan Goreng, Wanita Ini Kecewa Bila Yang Dapat Lain Pula

Pergi Makan Kedai Viral Pesan Lauk Kailan Goreng, Wanita Ini Kecewa Bila Yang Dapat Lain Pula

Kategori:
Lauk Kailan Goreng

Dengan adanya media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya, banyak kedai makan berjaya meraih perhatian orang ramai dan akhirnya viral.

Hal itu menjadikan kedai makan yang viral tidak pernah putus dengan pelanggan. Namun, kadang-kadang apa yang dipaparkan di media sosial itu sama tidak dengan realiti dan beberapa pelanggan seperti wanita ini pernah tampil dan berkongsi pengalaman mengecewakan setelah pergi ke sebuah kedai makan yang viral.

Pergi Makan Kedai Viral Pesan Lauk Kailan Goreng, Wanita Ini Kecewa Bila Yang Dapat Lain Pula

Terbaharu, seorang wanita nurhuda1701 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi perasaan kecewa setelah mengunjungi sebuah restoran yang viral di media sosial.

Tidak mahu mendedahkan nama restoran tersebut, dia berminat untuk ke sana setelah melihatnya viral di media sosial. Lauk Kailan Goreng

Teruja untuk cuba makanan di sana, dia telah memesan nasi putih untuk dinikmati bersama lauk kailan goreng. Walaupun begitu, setelah hidangan itu tiba, dia berasa hampa melihatnya. Lauk Kailan Goreng

Diperiksa, lauk yang dipesan mempunyai terlalu banyak sos dan sayur juga tidak dipotong seeloknya.

“Tak semestinya kedai viral itu sedap ya. Order kailan goreng tapi..”, keluh wanita itu.

@nurhuda1701

Nasib baik tak order mcm2….

♬ Apeni Aina Abdul – A²

@nurhuda1701Nasib baik tak order mcm2….♬ Apeni Aina Abdul – AinaAbdulDevotee

Menjengah di ruangan komen, seorang pengguna tampil menasihati wanita itu untuk mengemukakan hal itu pada pihak restoran dari diviralkan di media sosial. Tapi dia menjelaskan ada sebab mengapa dia tidak berbuat begitu.

Ada Nasihat Untuk Jujur Dengan Pemilik, Ini Sebab Wanita Itu Tidak Buat Begitu Lauk Kailan Goreng

Melihat hidangan itu, ramai juga berminat untuk cuba tapi kesal dengan cara pihak restoran menyediakannya.

Nampak Sedap Tapi Cara Potong Sayur Tu.. Lauk Kailan Goreng

Nampak sahaja kedai viral, tentu kita berasa berminat untuk cuba. Tapi tak semua kedai mampu memuaskan citarasa kita. Jadi sebelum pergi, seeloknya kita membaca semua review yang telah dilakukan pelanggan lain.

Kredit: nurhuda1701

Baca Juga: Adik Kecil Ini Cuba Buat Aksi Masa Menebar Roti Canai, Akhirnya Malu Gara-Gara..

tags: | | | |