Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Supaya Cili Kisar Tahan Lama & Tidak Berkulat, Sebulan Lebih Pun Masih Elok!

Petua Supaya Cili Kisar Tahan Lama & Tidak Berkulat, Sebulan Lebih Pun Masih Elok!

Kategori: ,
Cili Kisar

Tidak dinafikan, buat siap-siap pes cili kering sangat memudahkan kerja bila nak masak ayam masak merah, sambal udang dan macam-macam lagi.. Tak perlu nak kisar cili kering setiap kali nak masak. Tapi bila buat stok cili kisar banyak-banyak, cili kisar akan cepat berkulat dan tidak tahan lama.

Jadi bagaimana caranya untuk buat pes cili kisar tahan lama dan tidak berkulat? Jom ikuti perkongsian oleh Nad Adleesya di bawah. Semoga bermanfaat.

Petua Supaya Cili Kisar Tahan Lama & Tidak Berkulat

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • 2 labu bawang putih

Cara-cara:

  1. Guntingkan dahulu cili kering untuk buang biji bijinya.
  2. Basuh dengan air biasa.
  3. Rendamkan dengan air suam yang dah di tapis. Jangan guna air paip.
  4. Dah kembang baru masakkan cili kering dan bawang putih, boleh tengok cara caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang dah di tapis juga sampai mendidih dan boleh tutup api.
  5. Dah sejuk sket boleh tapis dan blender macam tu je. Kalau kering sangat tambah air sket je. 1/4cawan macam tu jer. Lepastu boleh add on cili kering tu lagi dan lagi sampai lah siap.
  6. Masukkan dalam tupperware dan bila dah sejuk baru simpan dalam peti ais.

Kredit: Nad Adleesya

tags: