Umum mengetahui bahawa daging merupakan lauk yang agak liat. Perlu direbus lama atau pun dilembutkan dahulu sebelum dimasak. Barulah terasa nikmatnya apabila makan nanti. Pastinya pelbagai cara yang pernah digunakan oleh anda kan.
Antara cara yang sangat popular dan digunakan oleh orang ramai adalah rebus daging dalam pressure cooker, rebus daging bersama dengan ais, menggunakan baking soda atau dengan menggunakan buah nanas.
Mungkin selepas ini anda boleh cuba pula cara ini. Hanya menggunakan betik muda sahaja. Dan perap beberapa minit kemudian boleh masak. Jom kita ikuti perkongsian dari Mieza Othman di bawah ini.
Salah satu petua untuk melembutkan daging iaitu bubuh betik muda yang dipotong kecil-kecil dan digaul bersama daging sebelum bilas. Perap la dalam 20 hingga 20 minit camtu.
Petua ini mak saya yang ajar. Lepas tu buh sesenduk tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir daging. Then bilas bersih-bersih. Barulah masak rendang minang resepi turun temurun.
Wuallaaa..
#3kiloDaging1BijiBetikMuda
Mudah sahaja kan nak lembutkan daging? Tak payah nak rebus lama-lama. Ambil masa berjam-jama. Buang masa je. Guna je buah betik yang masih lagi putik. Mudah dan sangat cepat. Jimat masa, tenaga dan juga wang. Jangan lupa untuk kongsikan petua ini dekat kenalan juga ya.
Kredit: Mieza Othman Via MAHN
Baca juga: Resepi Nasi Daging Utara Yang Menggoda, Bila Makan Memang Tak Ingat Dunia!