Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Nasi Daging Utara Yang Menggoda, Bila Makan Memang Tak Ingat Dunia!

Jannah by Jannah
Januari 20, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
resepi nasi daging utara
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Nasi Daging Utara merupakan nasi yang dimasak bersama-sama dengan daging dan beberapa bahan lain. Air daging yang menyerap masuk ke dalam nasi membuatkan nasi yang dimasak lebih sedap dan menyelerakan. Tengah masak dalam periuk pun sudah sangat menggoda baunya.

BacaJuga

thumnail nasi serai

Resepi Nasi Serai Yang Senang Dimasak Dan Sedap Dimakan, Satu Rumah Wangi Bau Serai!

April 30, 2022
2.9k
petua rebus nasi himpit

Petua Rebus Nasi Himpit Jimat Gas & Elektrik, Tak Payah Guna Pressure Cooker!

April 30, 2022
370

Nak cuba buat Nasi Daging Utara ini di rumah? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Norzy Yusuff ini. Nak menyediakannya sangat ringkas dan cepat. Memang tak menyesal punya kalau cuba buat.

Cara Buat Nasi Daging Utara Yang Sedap & Menyelerakan!

Bahan-bahan:

Bahan Nasi Daging Utara Simple:

  • Daging direbus empuk | ketepikan
  • Rendam beras Basmathi 3 pot 30 minit

Bahan Tumisan: 

  • 2 sudu minyak sapi dan minyak masak 2 sudu
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 inci halia | mayang halus 
  • 4 sekawan (kuliy kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 2 sudu rempah kurma
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji tomato
  • 3/4 tin susu cair
  • 3/4 sudu penuh gara,
  • Sedikit secukup rasa
  • Air rebusan daging
  • Daun ketumbar

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskan 4 sekawan dan bahan yang dimayang sehingga garing.
  2. Masukkan daun pandan dan rempah kurma.
  3. Masukkan air rebusan daging 4 1/2 cawan. Pot yang digunakan perlu sama dengan pot yang digunakan untuk susu cair.
  4. Didihkan sekejap, masukkan garam secukup rasa dan tomato.
  5. Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus empuk tadi.
  6. Akhir sekali bila nasi dah masak, baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan menjadi elok, gebu dan wangi.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Nota: 

  • Nasi tu jangan dikacau masa sedang masak untuk elakkan beras patah.
  • Resepi nasi saya ni lembut sikit. Kalau nak nasi berderai kurangkan 1/2 cawan air rebusan daging.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Daging Utara ini? Mungkin anda boleh cuba pada hujung minggu saat makan bersama keluarga. Hidangan ini memang sangat enak, tak menyesal tau kalau buat. Sekali rasa, pasti setiap minggu akan jadi hidangan utama keluarga nanti.

Kredit: Norzy Yusuff

Baca juga: Resepi Nasi Minyak Hujan Panas Mudah Bersama Ayam Masak Merah, Acar Nenas Timun & Papadom

 

0/5 (0 Reviews)
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
udemy free download
download karbonn firmware
Tags: nasinasi daging
ShareTweetSend

Related Posts

DENDENG DAGING ASLI PADANG
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Dendeng Daging Asli Padang, Serius Sedap! Guna Periuk Noxxa Untuk Lebih Mudah

Mei 24, 2022
5
nasi tomato
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka

Mei 24, 2022
326
acar umbut kelapa
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Acar Umbut Kelapa, Rasa Lemak, Manis & Crunchy, Sedap Sangat!

Mei 23, 2022
41
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist