Kucing anda selalu sakit mata dan berair? Dah pergi klinik dan dapatkan ubat yang bersesuaian tapi masih juga tak elok? Nak pergi berkali-kali ke klinik tak mampu. Jadi apa kata korang guna cara tradisional ini.
Cara atau petua tradisional ini dikongsi oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama @matlaga melalui akaun TikTok. Beliau telah berkongsi petua yang berkesan untuk mengubati mata kucing yang berair dan bertahi mata. Bahan yang digunakan adalah bahan yang mampu milik. Boleh didapati di dapur anda sendiri atau pun di mana-mana kedai.
Bahan tersebut adalah kayu manis dan air putih saja. Banyak kebaikan kayu manis sebenarnya, antaranya adalah ia bertindak sebagai antibakteria atau anti-rengsa.
Kayu manis dan air putih perlu direbuskan bersama sehingga mendidih. Apabila air tu dah sejuk dan bertukar warna kepada kecoklatan, celupkan kapas ke dalam air tersebut di mata kucing.
Selepas beberapa ketika, hasilnya kita akan dapat lihat. Mata yang berair tadi sudah semakin elok dan cantik. Untuk lebih lanjut, korang boleh rujuk video di bawah ini.
https://www.tiktok.com/@matlaga/video/6902486963404737794?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
@matlagaUbat sakit mata kucing, petua org dulu#cat #fyp #foryoupage #tiktokmalaysia♬ Di Manakan Ku Cari Ganti – Live – Cast of P. Ramlee The Musical
Semoga ianya bermanfaat untuk anda mengubati kucing kesayangan anda yang sedang mengalami mata sering berair atau sakit mata.
Sumber: Tiktok @matlaga
Baca juga: Badan Tak Selesa? Selalu Berangin? Jom Amalkan Petua Makanan Yang Dikongsi Oleh Wanita Ini