Kencing kotor merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Pasti ada dalam kalangan kita yang pernah ataupun sedang berhadapan dengan rasa sakit dan kesukaran untuk membuang air kecil. Kadang kala ia juga membuatkan kita kencing tidak lawas.
Namun ada lagi yang lebih teruk kerana mengeluarkan air kencing yang mengandungi darah. Antara tanda-tanda lain bahawa anda sedang berhadapan dengan penyakit kencing kotor adalah air kencing berbau, warna air kencing keruh atau berdarah. Sakit di bahagian belakang, demam serta muntah dan loya adalah antara simptomnya juga.
Hendak tahu cara mudah untuk merawat kencing kotor ini? Jom ikuti perkongsian dari Mastura Rashid. Katanya, setiap kali dia mengalami kencing kotor ketika mengandung, dia pasti akan meminum air barli. Untuk lebih lanjut, jom kita ikuti perkongsian tersebut di bawah ini.
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.
Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli ni pun mudah.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.
Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Tu je sharing pagi ni.
Semoga bermanfaat.
Semoga perkongsian merawat kencing kotor dengan air barli ini dapat membantu anda semua. Namun jika penyakit masih lagi berlarutan, sila dapatkan rawatan pakar dengan segera. Kami tidak akan bertanggungjawab jika ada apa-apa kejadian yang berlaku, risiko adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Mastura Rashid
Baca juga: Tips Hasilkan Kuih Penyaram Yang Cantik & Sedap, Guna Sukatan Cawan Je!