Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » 4 Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

4 Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

Kategori: ,,
petua sambal belacan

Mahu tahu petua sambal belacan lagi sedap dan elok? Sambal belacan biasanya akan menjadi penambah selera bagi mereka yang suka akan kepedasan. Biasanya, makan dengan nasi putih panas, lauk ikan goreng bersama sambal belacan pun boleh bertambah-tambah nasi.

Sambal belacan biasanya disimpan lama di dalam botol. Tapi terkadang, ada sambal belacan yang terlebih pahit dan tidak ada campuran rasa masam dan masin yang sekata. Ada juga bau yang tidak menyenangkan datang dari sambal belacan.

Jom ikut petua ini untuk mendapatkan sambal belacan yang betul-betul sedap!

Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

Petua 1

Bakar belacan sekejap supaya sambal lebih beraroma dan tidak bau tengik.

sambal belacan

Petua 2

Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ini adalah petua yang penting untuk sambal belacan tahan lama. Elakkan bancuh guna air sejuk.

sambal belacan

Petua 3

Campurkan bersama limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) supaya sambal lebih wangi dan sedap.

sambal belacan

Petua 4

Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangai. Petua ini jaran orang tahu. Ini adalah supaya apabila memakannya, kita tidak sakit perut atau memulas.

sambal belacan

Jadi, dengan itu, kami kongsikan cara buat sambal belacan mengikut urutan yang betul (kisar kasar bahan-bahan):

  1. 6 biji liamu kssaturi (buang biji)
  2. 50 gram belacan yang telah dibakar.
  3. 3 biji cili merah
  4. 8 biji cili padi hijau
  5. 25 biji cili padi merah
  6. 100 ml air asam jawa pekat
  7. Masukkan sedikit gula dan garam.

petua sambal belacan

Tadaaa! Akhirnya siap lah sambal belacan bersama petua yang wajib diikut kalau nak ia tahan lama dan sedap dimakan! Nanti boleh lah isi dalam balang dan simpan dalam peti. Kalau nak makan nasi, terus ambil je letak dalam pinggan!

Sumber: Nurulain Insyirah

Baca juga: Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!

tags: | |