Timun Jepun antara timun batang yang tersedap. Isinya selalu rangup dan lembut untuk dimakan berbanding timun biasa. Oleh sebab itu, harganya sedikit mahal dari yang lain.
Sebab itu berbaloi sangat kalau kita tanam timun Jepun ini di laman rumah. Paling best timun ini jika betul cara penjagaan dan baja yang digunakan, sebulan selepas semai anak benih, kita dah boleh petik dan makan timun Jepun hasil tanam sendiri.
Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah demi langkah tanam dan baja pokok timun Jepun yang dikongsi oleh Kebun Tani.
Hobi masa lapang tanam timun Jepun. Start tanam 5/12/2022, petik 6/1/2023. Sebulan saja ya. Boleh rujuk pada setiap gambar.
Saya menggunakan tanah hitam sawit. Polibeg 24 X 24, 3 pokok satu polibeg. Seeloknya 2 pokok dahh cukup sebab daun terlalu rimbun.
Awal tanam pakai baja organik. Boleh pakai baja tahi ayam atau baja kopi. Bila dah besar sikit pakai baja kimia 151515 atau 161616/ Dah start bunga pakai baja buah 121217 atau 131321.
5/12/2022 – mula tanam anak pokok. Saiz polibeg 24 X 24, 3 pokok satu polibeg. Seeloknya 2 pokok. Waktu ini boleh letak baja organik. Tahi ayam atau pun baja kopi. Proses tumbesaran.
13/12/2022 – Teruskan guna baja organik atau boleh pakai baja kimia 151515 atau 161616. Letak sikit sahaja jangan lebih nanti daun terbakar kalau banyak. Letak seminggu sekali.
18/12/2022 – Pokok dan mula naik. Boleh lilit ke atas. Guna tali untuk buat jaring.
30/12/2022 – Pokok mula keluarkan bunga terus pakai baja buah. Seeloknya seminggu sebelum tu dah tukar pakai baja buah. Baja buah 121217 atau 131321. Brand apa pun tak mengapa.
30/12/2022 – Pokok dah keluar buah.
5/1/2023 – Teruskan lagi pakai baja buah. Cuma jangan letak lebih. Buah dah besar boleh petik.
6/1/2023 – Dah petik. Alhamdulillah buahh rangup. Memang sedap dimakan dari timun biasa.
Nak tanam sayur buah yang lain pun boleh ikut cara di atas. Jom belajar baja pokok timun Jepun ni!
Semoga petua tanam dan baja pokok timun Jepun bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Kebun Tani
Baca juga: Cara Buat Ikan Masak Cuka Jadi Rasa Lagi Mantap! Kena Masak Hari Ini & Makan Esok. Ini Petuanya!