Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Petua Tanam & Baja Pokok Timun Jepun Supaya Cepat Berbuah, Sebulan Lepas Semai Dah Boleh Petik!

Cik Daun by Cik Daun
Januari 10, 2023
in Info, Tips Makanan
2 min read
0 0
0
baja pokok timun Jepun
0
SHARES
186
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Timun Jepun antara timun batang yang tersedap. Isinya selalu rangup dan lembut untuk dimakan berbanding timun biasa. Oleh sebab itu, harganya sedikit mahal dari yang lain.

BacaJuga

tanam sayur kangkung tak jejak tanah

Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

November 25, 2022
27
baja organik guna kangkung

Ini Rahsia Buat Baja Organik Guna Kangkung Saja, Anak Pokok Buah & Sayur Jadi Subur & Sihat!

November 9, 2022
17

Sebab itu berbaloi sangat kalau kita tanam timun Jepun ini di laman rumah. Paling best timun ini jika betul cara penjagaan dan baja yang digunakan, sebulan selepas semai anak benih, kita dah boleh petik dan makan timun Jepun hasil tanam sendiri.

Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah demi langkah tanam dan baja pokok timun Jepun yang dikongsi oleh Kebun Tani.

Petua Tanam & Baja Pokok Timun Jepun Supaya Cepat Berbuah, Sebulan Lepas Semai Dah Boleh Petik!

Cara Tanam & Baja Pokok Timun Jepun

Hobi masa lapang tanam timun Jepun. Start tanam 5/12/2022, petik 6/1/2023. Sebulan saja ya. Boleh rujuk pada setiap gambar.

Saya menggunakan tanah hitam sawit. Polibeg 24 X 24, 3 pokok satu polibeg. Seeloknya 2 pokok dahh cukup sebab daun terlalu rimbun.

Awal tanam pakai baja organik. Boleh pakai baja tahi ayam atau baja kopi. Bila dah besar sikit pakai baja kimia 151515 atau 161616/ Dah start bunga pakai baja buah 121217 atau 131321.

Langkah Penanaman:

5/12/2022 – mula tanam anak pokok. Saiz polibeg 24 X 24, 3 pokok satu polibeg. Seeloknya 2 pokok. Waktu ini boleh letak baja organik. Tahi ayam atau pun baja kopi. Proses tumbesaran. baja pokok timun Jepun

13/12/2022 – Teruskan guna baja organik atau boleh pakai baja kimia 151515 atau 161616. Letak sikit sahaja jangan lebih nanti daun terbakar kalau banyak. Letak seminggu sekali. baja pokok timun Jepun

18/12/2022 – Pokok dan mula naik. Boleh lilit ke atas. Guna tali untuk buat jaring. baja pokok timun Jepun

30/12/2022 – Pokok mula keluarkan bunga terus pakai baja buah. Seeloknya seminggu sebelum tu dah tukar pakai baja buah. Baja buah 121217 atau 131321. Brand apa pun tak mengapa. baja pokok timun Jepun

30/12/2022 – Pokok dah keluar buah. baja pokok timun Jepun

5/1/2023 – Teruskan lagi pakai baja buah. Cuma jangan letak lebih. Buah dah besar boleh petik. baja pokok timun Jepun

6/1/2023 – Dah petik. Alhamdulillah buahh rangup. Memang sedap dimakan dari timun biasa.baja pokok timun Jepun

Nak tanam sayur buah yang lain pun boleh ikut cara di atas. Jom belajar baja pokok timun Jepun ni!

Semoga petua tanam dan baja pokok timun Jepun bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber: Kebun Tani

Baca juga: Cara Buat Ikan Masak Cuka Jadi Rasa Lagi Mantap! Kena Masak Hari Ini & Makan Esok. Ini Petuanya!

Download Nulled WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
online free course
download lenevo firmware
Tags: baja organikbaja organik guna kangkungbaja pokok timun Jepun
ShareTweetSend

Related Posts

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
81
biji cili kering
Info

Mahu Hasil Tanaman Cili Lebat Dengan Cara Mudah? Guna Je Biji Cili Kering, Ini Caranya!

Januari 26, 2023
158
bahan penyedap kedai makan Thailand
Info

Bahan Penyedap Kedai Makan Thailand, Semua Ni Wajib Ada Di Dapur Korang!

Januari 25, 2023
229
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist