Kadangkala bila masak nasi, belum sampai separuh hari tapi nasi dah basi. Siapa yang mengalami perkara yang sama seperti ini? Mana silapnya, adakah sebab periuk nasi atau beras yang digunakan tidak sesuai.
Bukan sekali sekala berlaku, namun banyak kali. Pelbagai cara sudah digunakan untuk mengelakkan nasi basi. Namun, masih tidak menjadi.
Jadi, apa kata kali ini jom cuba gunakan tips hasil perkongsian oleh Ida Shahida di laman sosial Facebook. Diharapkan tips ini berkesan membantu menangani masalah nasi yang cepat basi.
Periuk nasi-nasi suka jadi basi? Dah kerap nasi jadi basi? Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.
Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.
Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak. Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.
Nasi pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula 2-3 kali. Masalah akan berulang.
Kalau ada nasi lebih, dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat. Masukkan kedalam peti ais bahagian buat ais tu. Bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau.
Macam tu rupanya untuk pastikan nasi tahan lama. Lepas dah tau cara ni, pasti takkan timbul lagi masalah nasi cepat basi. Jom cuba tips ni, gerenti berkesan!
Kredit: Ida Shahida