Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hairan Lihat Pokok Betik Belakang Rumah Makin ‘Kurus’, Wanita Ini Terkejut Lepas Tengok CCTV

Hairan Lihat Pokok Betik Belakang Rumah Makin ‘Kurus’, Wanita Ini Terkejut Lepas Tengok CCTV

Kategori:
pokok betik

Hidup berjiran ini indah kalau ramai pandai menjaga adab dan bertimbang rasa di antara satu sama lain. Jika semua saling membantu dan menghormati satu sama lain, kita akan berasa selamat dan selesa.

Namun, tak semua individu yang bersikap begitu dan ada juga beberapa jiran yang mempunyai sikap buruk dan melakukan kerja khianat pada harta benda orang lain.

Hairan Lihat Pokok Betik Belakang Rumah Makin ‘Kurus’, Wanita Ini Terkejut Lepas Tengok CCTV

Terbaharu, seorang wanita warga Singapura, celest_ho telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi penemuan yang sangat mengejutkan.

Ceritanya, dia menyedari bahawa semenjak akhir-akhir ini, pokok betik yang ditanam di belakang rumah kelihatan semakin ‘kurus’ dan belum sempat membuah walau dijaga seeloknya. pokok betik

Untuk mengunkai misteri tersebut, dia telah membuat keputusan untuk memasang sebuah kamera litar bertutup (CCTV) di belakang bagi memantau keadaan pokok itu.

Bila diperhati pada rakaman yang telah diperolehi dari kamera itu, dia terkejut apabila melihat kelibat seorang lelaki hadir dan memetik beberapa helai daun pokok betiknya untuk diambil. pokok betik

Akhirnya terjawab persoalannya, wanita itu bengang kerana pokoknya juga belum sempat untuk tumbuh dengan sebaiknya tapi dah dikhianat orang. pokok betik

Selepas diambil daunnya, lelaki itu terus berlalu pergi tanpa perasaan bersalah.

@celest_ho watch till the end 😭🤣 #plantthief #thief #wtf #singapore #foryou ♬ Funny Song – Cavendish Music

Meninjau di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa mungkin lelaki itu mengambil daun pokok betik wanita itu untuk beberapa kegunaan lain.

Selain untuk dimakan atas faktor kesihatan, ada juga yang bergurau dan bersangka bahawa dia menggunakannya untuk sebab kebersihan.

Mungkin Ambil Bersebab.. pokok betik pokok betik

Sebagai pemilik, tentu kita akan berasa kecewa apabila ada jiran yang kacau tanaman kita. Kalau sudah diminta izin tak mengapa tapi lain pula.

Semoga si pelaku tampil meminta maaf dengan tuannya dan tidak mengulangi perbuatan ini lagi.

Kredit: celest_ho

Baca Juga: Anak Asyik Nak Makan Lauk Kedai Makan Saja, Akhir Sekali Ibu Ini Terpaksa Tipu

tags: | | |