Siapa je tak suka makan popia gulung serunding ni? Khusyuk makan sampai tak sedar dah habis sebalang. Tapi, kalau beli kat kedai boleh tahan juga harganya.
Tak salah kalau cuba buat sendiri kan? Kalau ada serunding lebih yang dibeli semasa bulan Ramadan, boleh dibuat popia gulung serunding ini. Baru tak membazir. Jom lihat cara-cara membuatnya di bawah.
Cara Buat Popia Gulung Serunding
Bahan-bahan:
- Sepeket popia 40pcs (jenama KG @ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)
- 250gm sambal ikan @ serunding ikan
- Air biasa – untuk melekatkan popia
Cara-cara:
- Popia dipotong empat.
- Kemudian potong segitiga.
- Susun dari atas ke bawah.
- Letakkan sambal ikan secukupnya.
- Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.
- Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.
- Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.
- Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: Hasifah Che Mat