Prank atau gurauan ini biasanya selalu membuat orang terhibur. Tetapi ia harus melihat kepada situasi juga. Prank seringkali kita dengar sebagai satu bentuk gurauan dengan seseorang dan boleh jadi juga kepada orang yang tidak kita kenal.
Seperti prank yang tular di laman TikTok baru-baru ini, satu video tentang seorang pakcik yang di-prank bahawa dia dikehendaki pihak polis hingga diuarkan di berita TV3 mendapat perhatian netizen.
Video berkenaan dimuatnaik dengan caption yang berbunyi, ‘prank bergurau dengan Mr Epot. Terkejut juga dia, inga betul-betul punya. Apa-apa pun terbaik Epot sporting hahaha’,” katanya dalam keteranagn vidoe prank pakcik masuk berita.
Pakcik yang dikenali sebagai Mr Epot itu kelihatan terkejut apabila nama dan gambarnya tersiar dalam berita terbabit. Disangkakan ianya betul, kerisauan dan kebingungan menjadi tanda tanya dengan ekspresi wajahnya yang berkerut.
Setelah itu, barulah mereka memberitahu Mr Epot perkara sebenar. Menurut pemilik video, pakcik berkenaan semamangnya seseorang yang senang didekati oleh orang kampung.
“Pakcik ni dah biasa kena gurau gurau macam ni kat kampung. Itu pasal orang kampung banyak suka dan senang dengan pakcik ni hehehe.
“Dia okay je mula-mula je cuak kena sakat. Yang kawan-kawan dua pun sama suka ngusik,” jelasnya memberitahu kisah lanjut prank pakcik masuk berita berkenaan.
https://www.tiktok.com/@enoasan/video/7150521004849204506?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458
@enoasanprank bergurau dengan mr epot 😂 terkejut jugak dia , ingat betui2 punya 😂😂 apa2 pun terbaik epot sporting hahha♬ original sound – eno@san™🇲🇾
Meninjau ruangan komen, ramai yang terhibur tetapi dalam masa yang sama bersimpati apabila melihat wajah pakcik atau Mr Epot yang berkerut.
Tetapi hal itu sudah dijelaskan oleh pemilik video bahawa Mr Epot baik-baik sahaja dan memang orang kampung suka akan gelagat peramahnya.
“Kesian lah Mr Epot kena prank. Tahu-tahu tak keluar rumah lepas ni,” kata netizen bernama Imran Shah.
“Lain macam cara pakcik-pakcik zaman ni bergurau,” komen netizen lain di video prank pakcik masuk berita berkenaan.
“Seronok suasana kampung macam ni,” tulis netizen bernama Kemal.
Prank mestilah ikut situasi tau. Jangan pula ada yang sakit jantung. Tapi kalau dalam kisah ni, mungkin mereka dah biasa dan cara sebegini membuatkan hubungan mereka erat.
Semoga Mr Epot dan orang kampung sentiasa bahagia dan baik-baik sahaja.
Sumber: Enosan