Kalau anda anggap 7-Eleven hanya tempat untuk dapatkan Slurpee dan snek semata-mata, anda silap! Kini, 7-Eleven membawakan konsep kafe yang lebih moden dan sesuai untuk anda lepak bersama rakan dan keluarga.
Sejak 7 Café mula diperkenalkan di sekitar Lembah Klang, ramai yang teruja dengan pelbagai pilihan produk yang ditawarkan seperti hidangan siap dimakan, Slurpee Float dan pasta. Pulut mangga dan Croffle pun ada!
Dikatakan sebagai cawangan 7 Café terbesar di Malaysia, 7 Café Puchong sedia menawarkan hidangan makanan panas, variasi pastri serta snek yang sangat menarik!
Namun, 7 Café yang baru dibuka di Puchong ni khabarnya lebih istimewa dan berbeza daripada cawangan sedia ada. Apa yang menariknya di sini? Jom kita tengok apa yang best di 7 Café Puchong!
Penggemar perisa matcha pasti sudah kenal dengan jenama Niko Neko yang menawarkan aneka minuman dan pencuci mulut berasaskan perisa teh hijau dari Jepun ini.
Kini, anda juga boleh nikmati produk istimewa dari Niko Neko di 7 Café Puchong! Antara minuman Niko Neko yang best di 7 Café Puchong adalah Fruity Matcha Mocktail, Iced Latte Matcha, Iced latte Houjicha dan Genmaicha.
Untuk pencuci mulut juga, anda boleh dapatkan Matcha Sea Salt Tahini Cookie, Japanese Black Tea Sea Salt Cookie dan Black Sesame Matcha Mochi Cake.
Bukan itu saja, 7 Café di Puchong juga menyajikan roti sourdough serta croissant yang dibakar segar setiap hari dari BengBeng Sourdough.
Perkara yang paling unik di 7 Café Puchong dan tak boleh dijumpai di cawangan 7 Café lain ialah kedai buku BookXcess yang terletak di tingkat 2! Memang rare betul dapat shopping buku sambil minum Slurpee!
Bukan setakat itu, malah 7 Café di Puchong juga ada section produk kecantikan. Bukan sebarang produk tau, tetapi kebanyakannya diimport dari Jepun!
Antara jenama produk kecantikan yang ada di 7 Café Puchong adalah Beauty Buffet, Farm Skin, Naturie dan Boots. Menariknya!
Untuk penggemar pop culture dan komik pula, jangan lupa singgah ke section Fun-Tastic @ 7-Eleven, ada macam-macam merchandise menarik dan koleksi Funko terkini yang anda boleh miliki!
Unik sungguh cawangan 7 Café di Puchong ni, memang rugi kalau tak singgah. 7 Café lain tentunya tak ada BookXcess, Niko Neko dan produk kecantikan ekslusif dari Jepun seperti di 7 Café Puchong.
Cawangan 7 Café terbesar ni pasti akan memberikan anda pengalaman membeli-belah yang luarbiasa. Jom ke 7 Café Puchong!
Untuk dapatkan promosi terkini dari 7-Eleven, jom ikuti laman media sosial rasmi 7-Eleven Malaysia.
Anda pasti takkan terlepas tawaran terbaru dari kedai ikonik ini!